About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 18 July 2014

Jom Bersantai di Rumah Mak Aji

As-salam.

Seperti biasa, pagi-pagi sebelum matahari mula menghangatkan suasana, Mak Aji menyiram pokok serta mengemas laman setakat yang mampu. Setelah siap, Mak Aji rehat seketika dengan hati puas. Mari Mak Aji tunjuk apa yang Mak Aji kemas di hadapan pintu rumah Mak Aji yang Mak Aji anggap sebagai home sweet home yang tidak seberapa ini: 

Selamat datang ke rumah Mak Aji! Maaf ya, tiada 'Selamat Datang', yang ada 'Welcome' sahaja.
Hijau dedaun yang menyejukkan dan mendamaikan!
Home sweet home!
Kalau selain bulan puasa, seronok minum pagi di sini sambil menikmati suasana pagi yang damai!
Jom bersantai bersama Mak Aji!

12 comments:

  1. Waahhh... bestnya. Kalau dekat nak kakak bersantai sama-sama.
    Lepas terawih kita makan mangga atau muberi kat meja putih tu ye MakAji hihi...
    Tapi jauhlah pulak huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Boleh aja makan apa sahaja yang direzekikan ketika itu! Time ni ada betik, boleh buat somtham! Mulberi ada, bolehlah makan begitu sahaja, nak buat sirap belum cukup stok - dok kumpul stoklah ni. Tak jauh mana JB tu - Mak Aji pun selalu juga ziarah anak di Impian Emas. Bila2 datang KL singgahlah ya! Mana ada benih pokok yang berkenan di hati, Mak Aji sedia berkongsi!

      Delete
  2. SALAM...
    comei nyo rumoh mak aji...mmg sesuai untuk bersantai...tenang dan nyaman sekali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Rumah Mak Aji memang simple sangat, sesuai dengan kehidupan Mak Aji sebagai pesara - dok di kampung yang ada sedikit kawasan untuk menumpah bakti padanya serta menuai hasilnya! Hidup kat kampung ni lebih tenang berbanding di kawasan perumahan semasa Mak Aji kerja dulu! Alhamdulillah syukur atas segala apa yang ada, walaupun tak seberapa, malah lebih daripada mencukupi!

      Delete
  3. Assalam..

    cantiknya rumah mak aji..damai jer.. lame lagi nak duduk rumah sendiri... rumah bertanah... thn depan kene pindah rumah apartment dulu,,insyaallah..

    selamat berpuasa mak aji sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Juls,

      Orang muda-muda banyak masa lagi untuk perlahan-lahan menabung bagi mendapatkan kediaman sendiri yang bertanah, seperti yang diidamkan! Insya-Allah adalah rezeki suatu hari nanti! Selamar berpuasa juga untuk Juls sekeluarga!

      Delete
  4. mendamaikan dengan warna hijau melatari.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aizamia3,

      Sebenarnya Mak Aji mahukan warna hijau lumut, lagi sejuk, namun tersilap beli warna cat, terterang sedikit, he he! Dah terbeli, tersapu ajalah cat tu, entah bilah pula nak dapatkan warna yang diinginkan?? Nak beli cat tak masalah sangat, nak minta ihsan tukang cat, itu yang masalah sikit! (Pak Ajilah, siapa lagi).

      Delete
  5. Assalam Mak Aji... seronok org yg bersara ni.. macam2 boleh buat.... alhamdulillah Mak Aji dah sampai takat ni... saya tumpang senang mata memandang he he... semoga terusan bahagia dunia akhirat disamping keluarga tercinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Memang seronok Mar bila berpencen dalam keadaan badan masih sihat. Bukan lagi untuk cari duit (makan takat mana yg ada sajalah), cuma insya-Allah untuk buat apa-apa yg kita suka yg boleh membawa kepuasan diri. Dah xde buat apa ni kenalah perkemas bab ibadah jg (self-reminder!!). Amin Mar, itulah yang diharapkan. Doa yang sama jg Mak Aji panjatkan untuk Mar sekeluarga, amin!!

      Delete
  6. salam makji,
    nie tak sabarnak datang bersantai dok atas kerusi yang cantik sangattuh...hheheh..patut makji letak jugak pemndangan ygdepan tuh ..yg boleh dicuci mata sambilduduk duduk...ehheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Dah balik sini nanti datanglah ke rumah, laman Mak Aji tadahkan, he he! Pemandangan depan pulak, nanti Mak Aji usahakan ya, cuma sikit susah sebab semak tanah sebelah yang nampak - Mak Aji tanam pokok pun susah nak lindung sebab tanah dia tinggi - not a very pretty sight! Apapun silakan ya!! Boleh bawa budak2 lari2!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...