As-salam.
Tidak lama dahulu Pak Aji ke Yaman dan dia bawa balik buah asam limau nipis dari sana. Buahnya kelihatan seperti calamansi tetapi saiznya lebih besar. Bila dipotong buahnya seperti asam limau nipis kita cuma kulitnya senipis calamansi.
Biji benihnya kami tanam dan pokoknya ditanam di pasu tetapi pasunya di tanah - rasanya akarnya sudah keluar dari pasu pun. Pokoknya juga agak subur tetapi Mak Aji perhatikan daun-daunnya ada kesan hitam seperti jelaga. Sekali pandang teringat cerita Dayang Senandung! Penyakit Dayang Senandungkah ini??
Nampak tidak kesan-kesan hitam pada daunnya? |
Dari dekat - ada selaput hitam ini yang tertanggal apabila dipancut air apabila disiram pokoknya. |
Ini satu lagi pokoknya - ditanam terus di tanah - kurang suburlah pulak. |
Oh ya, kalau anda perhatikan, kadang-kadang buah limau yang kita beli pun ada kalanya kulitnya pun ada kesan hitam ini, kan! Entah apa nama penyakit ini. Entah-entah sebab itu yang pokok limau ini tidak mahu berbuah?? Allahualam!
No comments:
Post a Comment