About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 17 July 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Tuaian pada hari ini adalah sedikit, jangan tidak. Terung bulat nampak gaya sudah matang sebiji, buah kemunting nampak masak dua biji dan seperti biasa buah mulberi juga menghadiahkan buahnya. Ini dia yang dituai:

Buah mulberi, buah kemunting dan terung bulat.
Buah kemunting sebelum dipetik.
Setelah dipetik.

Apapun alhamdulillah atas rezeki yang diberikan!


4 comments:

  1. Nostalgia betul kakak dgn kemunting ini UM. Dulu masa kecik-kecik banyak kat kebun bapak kakak tapi sekarang dan tak pernah jumpa. Kalau ada kakak nak jaga macam UM juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Mak Aji juga bernostalgia dengan kemunting ni! Nostalgia punya pasallah dok beli walau hanya sepokok dengan Rose blog Semua Menjadi. Sebab tulah dapat tuai sebiji dua je, he he! Dulu arwah mak buat jem (kutip banyak dalam perjalanan ke sekolah tempat arwah ayah mengajar - kawasan tepi sungai - tumbuh liar) sebab banyak, sebaldi adalah!

      Delete
  2. Salam Mak Aji,

    Banyak juga mulberry tu. Buah kemunting ni rasanya macam mana?

    Masa saya kecik-kecik dulu selalu masuk dalam tali air tepi sawah petik kacang tanduk yang bentuknya memang sama dengan bentuk kepala kerbau. Pokoknya macam pokok teratai - panjang dan berduri batangnya. Lepas tu panggang dalam sekam padi dan makan panas-panas. Memang sedap. Entahlah wujud lagi ke tak pokok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tarique,

      Alhamdulillah bolehlah tahan mulberi tu. Sekarang dok simpan stok buahnya untuk menyirap nanti. Buah kemunting yang masak rasanya manis, banyak biji di dalamnya, rasa crunchy bila gigit bijinya. Pun ada sedikit rasa kelat. Setiap kali makan walau hanya sebiji mampu mengimbau zaman kanak-kanak Mak Aji dulu! Wah adventurous juga Tarique ya! Tentu seronok membesar dalam suasana kampung! Mak Aji belum pernah jumpa pokok kacang tanduk tu. Pak Aji pernah beritahu dia dulu2 suka panjat pokok jering dan bila dapat buah mudanya dimakan begitu sahaja - lemak dan sedap katanya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...