About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 5 July 2014

Sepeninggalanku

As-salam.

Pada 23 Jun 2014 Mak Aji serta Pak Aji dan 3 anak kami (yang masih bujang) berlepas ke Jeddah untuk mengerjakan umrah. Mak Aji serta dua anak kembali pada awal pagi semalam manakala Pak Aji ke Yaman untuk menghantar Asyraf, anak kami yang bongsu untuk meneruskan pengajian di sana.

Seperti juga tukang kebun lain yang meninggalkan rumah selama beberapa hari, Mak Aji juga agak risau kalau-kalau ada pkok yang terkorban dalam cuaca yang agak panas sekarang. Apapun sebagai langkah berjaga-jaga Mak Aji meminta bantuan Hamzah dan isterinya supaya datang ke rumah untuk memberi 'minum' pokok dua kali sehari. Walaupun begitu Mak Aji perasan yang pokok kacang botor kering garing - sudah matilah agaknya - mati kehausan agaknya! Yang lain-lain alhamdulillah selamat sejahtera. Pendek cerita mari kita lihat situyasi dan kondisi mereka sepanjang peninggalan Mak Aji:

Bunga raya kuning menyambutku pulang!
Sudah bergugus bunga kemboja kuningku!
Bunga raya merah jambu juga kembang berseri.
Bunga raya merah jambu bersaiz mini juga menyeri laman!
Akar dani yang tidak putus-putus bunganya.
Kutinggalkan putik, sekarang ada yang sudah hampir masak!
Keratan batang bunga raya (yang dibawa balik dari Pahang tempoh hari) sudah bertunas, alhamdulillah!
Terung bulat buah sulung!
Buah mahkota dewa merah di pokok dan juga bertabur di pangkal pokok.
Pegaga yang disemai sebelum pergi, sudah elok suburnya.
Daun kesum semakin ditinggalkan semakin subur - bagai menawarkan diri untuk dinasikerabukan!
Dan, (lastly but not least), segugus anggur yang dinanti-nanti masaknya, ini yang kudapati:

Sebahagian buah sudah busuk di tangkai! Hanya sebiji dua rezeki tuannya!

Alhamdulillah semuanya selamat kecuali kacang botor dan buah anggur. Anggur bakal dirasa semasa berbuka nanti walau hanya sebiji dua! Sekadar itu sahajalah rezeki Mak Aji.





8 comments:

  1. Assalam Mak Aji... mashaaAllah.. semuanya dlm peliharaanNya.. cantik2 semuanya.. akar dani yg rimbun bunganya..kemboja yg bergugusan.. bunga raya rare yg mekar...bagaikan menanti memeriahkan tuannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Alhamdulillah selamat hampir kesemuanya. Betul tu, seronok aje bila melawat kawasan (bagai wakil rakyat pulak) dan menikmati keindahan bunga-bungaan yang menyambut Mak Aji pulang!

      Delete
  2. assalamualaikum mak aji. alhamdulllah..suka tgk semua bunga2 yang cantik dan mekar. semua subur ye...bertuah mak aji ni...tulah ...berbakti pada tanah...adalah hasilnya.cantiknya bunga akar dani tu...saya mmg buta huruf tentang bunga2 dan tumbuhan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ju,

      Alhamdulillah memang tak rugi berbudi pada tanah! Akar dani tu memang rajin sangat2 berbunga, tak putus2, membantu mewangikan laman! Kena bertanam juga Ju, baru celik sikit, he he!

      Delete
  3. Alhamdulillah kisahnya MakAji menunaikan umrah.. bestnya dpt rasa berpuasa di sana. Kakak tak pernah lagi merasa ramadhan di tanah suci.

    Pokok kacang botor tu Mak Aji kadang walau dah kering biarkan aje nanti dia pulih balik tau. Kacang botor payah mati. Anggur dpt rasa 2 biji pun oklah kali pertama kan.. next mesti lebih baik. Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Ya, rezeki kami dapat juga merasa Ramadan di sana setelah agak kecewa juga pada mulanya sebab masalah visa. Memang seronok namun banyaklah juga dugaan terutama dari segi cuaca panas yang sedikit membantut usaha utk hadir di masjid setiap waktu solat - tak dapat sepenuhnya sebab masalah kesihatan.

      Oh ya ke, harap begitulah dgn kacang botor ni! Anggur tu dapatlah merasa 5 biji, rasanya ok, x masam dan x manis, sedang2 saja! Insya-Allah!

      Delete
  4. salam makji,selamat kembali..seronok berpuasa di tanah suci kan..
    dah takdr anak bujng yer nak tolong jgkan..tp takperlah banyak yg sehat mehat tuh..tgk bunga pun kemain lagi kembangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Terima kasih. Semasa Mak Aji tak ada, Aleesya serta mama dan ayahnya balik ke Cheras dan Mikhail serta mama dan ayahnya juga balik ke Bukit Beruntung (rumah abangnya). Maka tiadalah sesiapa di rumah untuk menyiram pokok - terpaksalah meminta bantuan Hamzah. Alhamdulillah elok sahaja pokok di bawah jagaannya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...