About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 11 July 2014

Kembang Pagi

As-salam.

Pagi ini cuaca mendung, sedang elok sangatlah untuk Mak Aji turun ke 'ladang' tanpa berpanas. Menjelang jam 9 alhamdulillah semua kerja-kerja menyiram siap! Kuranglah sedikit peluh yang memercik. Tenaga perlu disimpan untuk menyediakan juadah berbuka pula! 

Pokok lily/bakung nan sepokok yang ditanam di laman sudah beberapa kali berbunga tetapi dengan cuaca yang panas ini pokoknya agak kurang subur. Namun begitu gembiralah hari ini apabila pagi ini bunganya kembang segugus!:

Comel, kan! Teringat pula pokok yang lebih kurang sama yang Diana dari blog KBB tunjukkan tempoh hari.
Mari Mak Aji tunjukkan benih pokok ini yang sudah bertunas setelah dibiarkan di pangjkal pokok ini:

Hah, selonggok kau!
Nanti Mak Aji kongsikan dengan Diana ya! Lama betul tidak bersua muka, rindu pun mula bertandang (aiseh man!).

Selain lily ni, ada pula pokok pemberian kawan lain yang menunjukkan kembangnya. Entah apa bunga ya, cosmos ke apa?? Ini bunganya:

Cantik pulak dia, kuning dengan belak-belak merah!
Ini pokoknya.




10 comments:

  1. Rumah kampung kakak ada pokok lily tu MakAji tapi rumah sendiri tak ada sebab tak cukup ruang yg ada kecik aje.

    Bunga kuning campur merah tu cantik pulak macam bunga rayalah. Tapi tengok pokok dia macam bunga serombong kuning ye. Tak pernah jumpalah MakAji. Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Pokok lily tu semasa beli agak besar juga, tapi dah lama tanam ni makin mengecik ada, asyik lupa boh baja je. Nak kena beri makan kasi gemuk sikit. Memang cantik, kan bunga kuning tu!

      Delete
  2. Salam MakAji,

    bunga kuning belang merah tu bunga kembang pukul 4, Mirabilis jalapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Seri7ujuh,

      Oh itu namanya, terima kasih atas info. Ada juga kembang pukul 4 ya, ingatkan ada kembang pukul 10/RJ tu aje!

      Delete
  3. salam makji,
    cantik & uniknya bunga belang tuh..kalau ade banyak2 mesti lagi meriah kan..
    sorry makji tak sempat jugak nak bertandang sini..tak kecukupan mase...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Betullah, kalau banyak sederet tentu lagi meriah! Faham sangat Mak Aji bab bertandang2 ni, apalagi bulan puasa, dok buat kuih lagi, he he! (Mak Aji pun jeles tengok, pun dah start buat juga!)

      Delete
  4. Salam Bahagia Mak Aji,

    Berbunga-bungalah hati menjadi penerima benih bunga yang putih berseri melepak menawan tu :) .
    Seperti Seri7ujuh tolong ID kan, nampak macam Mirabilis jalapa.
    Nanti kita jumpa ya :) .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bahagia juga Diana,

      He he, tentulah berbunga2 hati bila terima pokok bunga, he he! Harap benih lily tu menjadi ya, dua dah siap tumbuh dah, tinggal yg baki harap tumbuh juga, sama dgn yang Mak Aji baru semai tu, insya-Allah!

      Delete
  5. Cantik bunga-bunga Mak Aji ..jus kedondong tu tak sempat nak tunjuk stepnya... kedondong tu kalau warna hitam kikis dulu .. potong dulu jika guna blender.. gula dan serbuk asamboi(optional) secukup rasa .. saya baru tahu.. daun muda dan pucuk kedondong ni ada khasiatnta.. sedap buat ulam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Alhamdulillah cantik bunganya Mar! Oh gitu cara buat jus kedondong tu ya! Terima kasih Mar - bila jumpa buahnya nak try ni! Oh boleh dibuat ulam juga pucuknya ya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...