As-salam.
Sambil melayan diri di laman pada pagi ini Mak Aji terpandang pokok fireball lily yang pernah kembang beberapa minggu lalu dalam proses mengeluarkan sekuntum lagi bunganya! Mak Aji perasan setelah kembang pertama layu, muncul satu sulur baru di sebelahnya. Elok sahaja keluar daunnya. Kata orang kalau keluar daun maka tiadalah bunganya dan kalau mahu keluar bunga, keluar sahaja bunganya tanpa daunnya! Sekarang daunnya keluar, selepas itu keluar pula bunganya?? Rupanya kata orang itu tidak benarlah ya! Apapun Mak Aji tiadalah mengisah, asal keluar bunga, sukalah hati ini!!
Sukanya hati tidak terkata! Yang di sebelah itu yang pernah kembang - ada biji pula! |
Macam cantik je, macam comey je, walaupun belum kembang lagi, he he!! |
A pleasant surprise like this really makes my day! Bisa senyum sepanjang hari!
cantik kelopok bungan tu..;)
ReplyDeleteSalam Aizamia3,
DeleteMemang cantik!