About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 28 February 2013

Tuyup Merah

As-salam.

Tidak lama dahulu Mar dari http://mountainebony.blogspot.com/ ada menunjukkan foto pepatung merah yang luar biasa. Beberapa hari lalu Mak Aji juga terpandang dan sempat merakam foto pepatung yang sama seperti di bawah:

Hujung sayapnya berwarna putih!


Bunga Betik

As-salam.

Pagi tadi untuk pertama kalinya Mak Aji melihat bunga betik dari dekat. Cantik juga, ya! Sekali pandang macam figura manusia pun ya juga.:

Bunga betik.






Bunga Pokok Buluh Jepun

As-salam.

Dari foto bunga buluh Jepun beberapa hari lalu, rupa-rupanya bunganya belum kembang sepenuhnya ketika itu. Jadi, ini pula versinya yang kembang sepenuhnya:

Cantik, bukan???



Pokok Tinggi Dalam Rumah

As-salam.

Malam tadi kami menghadiri majlis maulid di Bukit Damansara, di rumah pengerusi sebuah syarikat penerbangan tambang murah. Rumahnya cukup gah tetapi yang Mak Aji lihat menarik ialah sebuah pokok besar yang ditanam di dalam sebuah pasu besar di sudut rumahnya! Ketinggiannya sekitar 20 kaki lebih! Saksikan:

Pokoknya hampir mencecah bumbung rumah dua tingkat ini!
Apabila melihatnya, kelihatan seperti daun pokok ketapang tetapi tiadalah pula dahannya bertingkat-tingkat? Entah apalah pokoknya??! Yang hairan tu, boleh pula dia hidup di dalam rumah! Teringat pula taman di dalam bangunan KLIA ataupun di sayap baru Pusat Membeli-belah One Utama.




Arbor Tak Siap-siap!

As-salam.

Projek arbor masih dalam pembikinan sebab rancangan tergendala sebentar kerana kami sibuk melayan tetamu yang tinggal di rumah beberapa hari - guru Pak Aji. Ini perkembangan sementara sebelum terhenti:




Masih belum siap lagi!! Bila nak siap ni????


Hajat hati menjelang hari minggu ini akan siaplah arbor ini insya-Allah.




Ulaman Siap Petik

As-salam.

Pak Aji lebih gemar makan sayur dalam bentuk mentah berbanding yang dimasak, jadi dia lebih selesa makan ulam. Jadi, kalau tiada sayur atau ulam yang (tiada di rumah) dibeli,maka kami petik sahaja apa-apa yang ada di laman rumah. Antaranya:

Kacang botor sudah galak berbuah, alhamdulillah, berkat doa rakan-rakan blogger!!
Daunnya juga banyak boleh tahan.
Pegaga air.
Sambung nyawa
Daun pudina.
Pokok serai kayu.
Daun kesum.
Daun salam.
'Pucuk' bunga gincu.
Cantik, kan!
Pokok herba (tidak tahu namanya).
Ini pucuknya - rasa sedikit masam dan pahit serta lemak.

Untuk pengetahuan, Mak Aji suka untuk menyebut tentang pucuk sambung nyawa - jika anda petik pucuknya untuk makan tengah hari dan menjelang makan malam masih ada baki di bawah saji, percaya atau tidak, pucuk itu masih segar, tidak layu, masih seperti baru dipetik!! Mungkin sebab itulah namanya begitu! Kalaulah begitu, agaknya khasiatnya untuk awet muda?? Kekal segar ya!!




Sunday 24 February 2013

Ular di Laman, Cabut!!!

As-salam.

Pagi-pagi ini sambil Pak Aji sibuk dengan projek arbor, Mak Aji, dengan kamera di tangan, sibuk merakam foto. Semasa cuba untuk masuk lebih dekat untuk merakam foto bunga raya nan sekuntum yang berada di celah-celah pokok lain, Mak Aji terkejut badak apabila terlihat seekor ular dengan kepala hijau kuningnya terjojol di atas dahan pokok pagar!! Apa lagi, lari 100 meterlah!  Begini rupa ularnya:

        
Begini rupanya!

Apabila Mak Aji menjerit, "ular!" Pak Aji pula sibuk menanya "ular apa?" Mak Aji bukan kisah ular apa, kalau sudah namanya ular, seram!! Terbantut projek pagi ini dan Mak Aji terus masuk ke dalam sahaja -potong stim betul!



                                

Saturday 23 February 2013

Sekitar Laman

As-salam.

Berikut beberapa foto sekitar laman pagi ini:

Melur mula berbunga.
Pokok vanila selesa memanjat salah satu tiang pergola.
Tiga pasu kecil menempatkan anak kemboja Jepun serta kaktus.
Bird's Nest.
Cuba teka bunga apa! Bunga pegaga air!
Pernah tengok bunga pokok buluh Jepun?? Ini bunganya!
Segar sungguh pegaga air - untuk awet muda dan cergas otak!!
Bunga mexican orchid.
Baru dibeli - pokok mata kucing/longan.
Pokok Nasir yang semakin galak memanjat - akan dipindah ke arbor nanti.
Keratan batang untuk projek pokok pagar.






Bunga Melati/Anting-anting Puteri

As-salam.

Pokok di atas penuh kembangnya dan cantik memutih:


Yang ini macam labah-labah pun ada, kan!

Ini pokoknya.

Kata orang bunganya wangi tetapi Mak Aji punya ini tiada bau! Takkanlah kena tanam di tanah dan biarkannya membesar baru mahu wangi ya??






Friday 22 February 2013

Arbor dalam Pembikinan

As-salam.

Setelah beberapa hari mengecek akhirnya pada petang tadi Pak Aji setuju untuk membuat arbor/para untuk pokok bunga memanjat - sebagai 'pintu' untuk masuk ke ruang berumput dari kawasan berkonkrit di laluan masuk ke rumah. Suka hati tidak terkira, sanggup sahaja Mak Aji sama-sama mengangkat kayu dengan anak bujang nombor tiga, Zhafran. Pun membantu di mana patut sementara mereka membuat lakaran, mengukur dan menggergaji kayu yang sedia ada. Mungkin kalau kayu tidak cukup barulah perlu dibeli.

Apabila arbornya buatan sendiri sahaja oleh kaki DIY di rumah ini, Pak Aji, jadi tentunya tidaklah secantik buatan profesional. Walaupun begitu, Mak Aji sudah cukup suka! Adalah nanti tempat untuk pokok kesidang dan pokok Nasir memanjat! Selesai satu bab. 

Kayu berterabur di laman,
Projek seterusnya, menanam pokok di keliling ruang berkonkrit itu pula, dengan hanya menggunakan pokok-pokok yang sedia ada, insya-Allah tiadalah perlu dibeli lagi. Harapan agar menjelang raya puasa nanti semuanya selesai - bakal terima seorang lagi menantu!



Murah Rezeki Jiran

As-salam.

Alhamdulillah bagi kami orang pencen yang tidak perlu bergegas-gegas ke pejabat, waktu pagi boleh dimanfaatkan dengan baik sekali. Usai solat Subuh Mak Aji terus ke dapur untuk menyediakan sarapan - goreng pisang tanduk. Pisang tanduk dua biji diberi jiran kami memang lebih daripada cukup untuk sarapan kami bertiga. Selain itu ada juga ubi yang Pak Aji bawa balik dari kampung. A very simple and fulfilling breakfast, with a mug each of coffee, alhamdulillah!:

Goreng pisang tanduk!
Ubi rebus.
Sambil kami bersarapan di beranda kedengaran burung murai berkicau riang. Mak Aji cukup suka mendengarnya. Itulah antara nikmat yang hanya mampu dirasai orang pencen! Semasa bekerja mana sempat dengar apa-apa kalau pagi-pagi buta lagi sudah menekan pedal minyak kereta??


Jom sarapan!




Thursday 21 February 2013

Sempena Minggu Lemon

As-salam.

Bersempena Minggu Lemon yang (Mak Aji, he he, macam menteri pertanian pulak) isytiharkan beberapa hari lalu, Mak Aji ingin berkongsi sedikit maklumat tentang penjagaan pokok lemon yang merupakan salah sejenis pokok sitrus. Maklumat tersebut boleh anda lihat dan baca di bahagian kanan laman blog ini! Layan.......

Mak Aji setakat ini cuma ada pokok asam limau nipis dan asam limau purut. Kedua-duanya masih belum berbunga apalagi berbuah. Teringin juga untuk menambah stok limau dengan pokok lemon pula!

Sumber foto: http://www.beliefnet.com/Health/Physical-Health/Hidden-Health-Secrets-of-Lemons.aspx

Berikut juga sedikit maklumat (yang Mak Aji terjemah) tentang kelebihan buah lemon yang juga dikutip daripada sumber yang sama seperti foto di atas, hasil tulisan Theresa Cheung:

1. Orang Arab purba percaya bahawa dengan makan dan minum jus lemon pelbagai jenis racun boleh dineutralkan dan kajian saintifik telah membuktikan kebenarannya! Lemon mempunyai kelebihan antibakteria, yang kuat, antivirus, serta mempunyai upaya meningkatkan imuniti serta digunakan juga untuk mengurangkan berat badan ((kerana jus lemon membantu penghadaman dan boleh membersihkan hati). Lemon mengandungi pelbagai bahan - asid sitrik, kalsium, magnesium, vitamin C, bioflavonoid, pektin dan limonin - yang meningkatkan imuniti dan melawan jangkitan.

2. Kandungan asid sitrik dalam lemon cukup berkesan untuk merawat jerawat. Vitamin C dalam buah-buahan sitrus penting untuk mendapatkan kulit yang sihat manakala sifat alkalinya boleh membunuh beberapa jenis bakteria yang menyebabkan jerawat. Berikut cara merawat jerawat sendiri di rumah:
- Gunakan tangan atau kapas dan sapukan jus lemon pada jerawat dan biarkan semalaman. Basuh dengan air bersih keesokan paginya. Pada awalnya anda akan terasa sedikit pedih tetapi rasa itu akan hilang.
- Campurkan satu bahagian jus lemon dengan satu bahagian air ros atau madu. Letakkan campuran itu ke jerawat selama sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Ulangi dua kali sehari, pada pagi dan malam.

Catatan: Petua ini selamat dan semulajadi tetapi jika jerawat agak serius atau terdapat lukan tanyalah doktor terlebih dahulu.

3. Kajian membuktikan bahawa salap lemon membawa kesan menenangkan dan boleh menghilangkan keletihan (fatigue), pening, anxiety, perasaan gemuruh, dan stres. Menghidu pati minyak lemon juga boleh membantu meningkatkan tumpuan dan kesiapsiagaan. Jadi ia sesuai dijadikan penyegar bilik di pejabat untuk meningkatkan kecekapan staf. Jika anda agak stres titiskan beberapa titik minyak pati lemon pada sapu tangan dan hidulah.

4. Ciri antibakteria dan antivirus boleh mencepatkan kesembuhan dalam kes kanker. Campurkan jus lemon yang baru diperah ke dalam gelas berisi air suam dan gunakannya untuk berkumur-kumur. Lakukan tiga kali sehari. Anda mungkin terasa pedih apabila jus ini menyentuh kanker (ulser pada mulut) tetapi apabila semakin kerap dilakukan pedih akan kurang.

5. Demam dan seram sejuk mungkin berlaku kerana berbagai sebab tetapi lemon boleh membantu. Anda boleh mengurangkan gejalanya dengan memerah jus sebiji lemon ke dalam secawan air panas yang dicampurkan madu. Minum segera dan setiap dua jam sehinggalah demam atau seram sejuk hilang.

6. Apabila anda selsema, kebaikan lemon adalah dalam bentuk membekalkan dengan segera vitamin C kepada sel pertahanan dan secara luarannya dengan memanfaatkan ciri antivirusnya terhadap selaput lendir di hidung dan mulut.
Sebaik sahaja terdapat gejala selsema - hidung berair atau tekak perit - tambah vitamin C anda sebelum virus semakin kuat. Perah jus sebiji lemon dan1 sudu kecil garam serta secawan air suam.  Kumur--kumur tiga kali sehari selama seminit untuk menghilangkan rasa pedih. Jika anda mengalami sakit tonsil, kumur-kumur setiap dua jam sekurang-kurangnya 30 saat dengan jus sebiji lemon. Dongakkan kepala agar jus sampai ke belakang tekak. Selepas siap berkumur anda juga boleh minum jus lemon.

7. Kepingan lemon yang diletakkan semalaman boleh digunakan untuk merawat kematu. Potong lemon setebal 5 mm, letakkan pada kematu dan balut. Kematu juga boleh disapukan minyak pati lemon. Gunakan bola kapas atau putik kapas untuk menyapu minyak itu pada kematu (jangan pada bahagian yang tidak berkematu).

8. Jika anda mengalami jangkitan kulit seperti ekzema, balutan lemon boleh membantu. Campurkan 8 titik minyak pati lemon ke dalam secawan air suam dan 1 sudu makan madu (ada ciri kesan antiradang dan membantu meningkatkan manfaat lemon). Rendam kain linen ke dalam air itu, perah dan letakkan ke kawasan yang terkesan itu selama 15 minit. 2 hingga 3 kali sehari.

9. Lemon terbukti bermanfaat untuk menghilangkan rasa letih (fatigue) dan melawan pelbagai jangkitan di negara tropika. Sedikit sahaja jus lemon mampu menghilangkan dahaga berbanding air biasa. Jadi jus lemon biasa dicampurkan kepada air biasa bukan sahaja sebagai antiseptik malah boleh mencegah penyakit kerana alahan kepada bekalan air di negara asing.

10. Lemon boleh membantu menyegarkan nafas selepas memakan rempah tertentu, alkohol, menghisap rokok atau mungkin juga kerana air liur yang tidak mencukupi (air liur kering). Untuk menyegarkan nafas kumur-kumur beberapa kali sehari menggunakan jus sebiji lemon yang dicampur kepada segelas air suam. Memgunyah hirisan lemon selepas makan juga akan membantu.

11. Bawang putih dan bawang merah terbukti dapat melawan hipertensi apalagi setelah bergabung dengan lemon. Campurkan 3 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 1 bawang merah yang dicincang ke dalam 950 ml air atau susu tanpa lemak yang sejuk atau susu rendah lemak atau susu soya. Masak hingga mendidih dan biarkan selama 5 minit. Tuang dan tapis serta sejukkan. Campurkan jus 3 biji lemon dan minumlah sepanjang sehari. Jika tahap kolesterol anda tinggi pektin dalam lemon mampu merendahkan paras kolesterol.

12. Jika anda disengat serangga penyengat, keluarkan penyengat itu dengan penyepit. Urut bahagian itu menggunakan 1 hingga 2 titik minyak pati lemon yang dicampur 1 sudu teh madu. 
Untuk mencegah gigitan serangga titiskan 20 titik minyak pati lemon ke dalam 1 cawan air dan semburkan ke udara. Baunya harum dan menjauhkan serangga. Anda juga boleh merendamkan bebola kapas ke dalam minyak pati lemon dan letakkan di bilik tidur anda. Jika berada di luar rumah, sapukan wangian lemon ke kulit yang terdedah. Anda juga boleh campurkan 10 titik minyak pati lemon ke dalam satu setengah auns minyak bunga matahari dan sapukan ke kulit.

13. Salap lemon yang dicampurkan dengan herba penenang lain (seperti valerian, hops dan chamomile) membantu mengurangkan anxiety dan memudahkan tidur. Kajian menunjukkan bahawa salap lemon mampu meningkatkan ketenangan dan kesiapsagaan.

14. Meskipun rasanya pahit, jus lemon mempunyai kesan alkali terhadap tubuh kita dan dengan itu merupakan ejen semulajadi untuk menghilangkan lebihan asid yang boleh menyebabkan sakit sendi. Minum jus sebiji lemon yang dicampur segelas air suam dan minum 3 kali sehari dan jika anda terasa sakit, tambahkan kepada 2 biji dan 3 kali sehari. Untuk menghilangkan sakit dan mengawal keradangan urut kawasan yang sakit setiap hari dengan beberapa titik minyak pati lemon yang dicampur 1 sudu besar minyak jojoba.

15.  Minum jus sebiji lemon yang diperah ke dalam segelas air suam selepas setiap kali makan. Asid lemon akan merangsang pengeluaran asid di perut serta aktiviti otot perut.

16. Minyak pati lemon mempunyai ciri memperkuat yang boleh membantu masalah urat timbul (varicose and spider veins). Untuk spider veins, ambil 2 hingga 3 titik minyak pati lemon (setiap hari), campurkan dengan semangkuk kecil minyak jojoba atau minyak avokado atau minyak almond dan urut bahagian berkenaan.

17. Untuk varicose vein, titiskan 6 titik minyak pati lemon kepada 50 ml minyak wheat germ dan 2 titik minyak cypress dan 2 titik minyak juniper. Gunakan campuran ini untuk mengurut kaki dari ke bawah ke atas ke arah jantung. Sebagai mandian titiskan 8 titik minyak pati lemon ke dalam tab mandi. Campurkan juga 4 titik minyak cypress yang dicampur 1 sudu besar madu. Berendamlah selama 15 minit, lap hingga kering - jangan disapu.


Peringatan:  Jika anda mengalami heartburn, masalah buah pinggang atau gall bladder atau ada alahan sitrus, tanyalah doktor terlebih dahulu sebelum mengikut petua-petua di atas. Untuk melindungi enamel gigi anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya setengah jam sebelum memberus gigi anda selepas mengunyah, meminum atau berkumur dengan jus lemon. Menyapu jus lemon atau minyaknya tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.

CATATAN MAK AJI: SEMOGA BEROLEH MANFAAT, INSYA-ALLAH.

Sumber maklumat: http://www.beliefnet.com/Health/Physical-Health/Hidden-Health-Secrets-of-Lemons.aspx

Wednesday 20 February 2013

Minggu Lemon - Lemon Butter Cake

As-salam.

Seperti yang dijanjikan ini pula entri khusus untuk tajuk diatas yang memanfaatkan juga buah lemon pemberian Diana. 

Ni dia lemon butter cake!
Nampak sedap, tapi makan lagi sedap!!
Pak Aji menelefon sementara menunggu makan kek di beranda belakang rumah.

Alhamdulillah kek cukup sedap, memenuhi selera big boss! Tengah berkira-kira apa lagi yang boleh dibuat dengan lemon ni! Lemon cheese cake?? Hmmm .....






Minggu Lemon - Makan Tengah Hari

As-salam.

Kak Zakie dari http://zakiepurvit.blogspot.com/ ada menyarankan resepi menggunakan lemon pemberian Diana dari http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/. Ketika membaca saranan itu Mak Aji belum menyiapkan makan tengah hari, maka dengan pantas resepi tersebut disediakan! Ini hasilnya:

Kacang botor nombor 3 dan nombor 4 'segar dari ladang'.
Bawang besar (beli punya) dan cili api ('segar dari ladang').
Ikan bilis paling comel (yang saiz biasa habis stok). Yang bermata biri lagi tak ada! (catatan khas untuk Kam!).
Tara!!! Makan tengah hari kami - makan sampai licin!!

Itulah dia makan tengah hari kami semalam - pegaga air segar dari pasu (dapat baja daripada ikan gapi!) - kawan2 kata boleh makan dan untuk awet muda dan cerdas otak lagi!, ikan bilis resepi Kakzakie, budu dengan cili api 'segar dari ladang' dan ikan bakar (segar dari kedai, he he)! Alhamdulillah Pak Aji bertambah nasi - maaf ya bang, terpaksa basahkan jari dengan budu sebab tiada lauk berkuah!




Monday 18 February 2013

Lemon Pemberian Diana

As-salam.

Alhamdulillah petang tadi usai makan dan solat Zohor, Mak Aji berkunjung ke rumah Diana dari http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/ . Mak Aji cukup seronok kerana sudah sekitar semingu dua kami berkira-kira untuk berjumpa, cuma petang tadi berhasil!

Kawasan laman rumahnya cukup sejuk, redup dan nyaman dengan kawasan laman yang cukup matang dan pokok-pokok yang sudah besar. Pergolanya cukup Mak Aji suka, merimbun dengan pelbagai pokok, ada yang baru lepas berbunga (akar dani) dan ada yang sedang bergugus-gugus bunganya! Cukup meriah! A far cry from my pergola!

Sebentar berborak di beranda, kami terpaksa masuk sebab hujan turun dan semakin lebat. Seronok berborak, tidak sedar masa berlalu begitu cepat dan Mak Aji terpaksa mengundur diri kerana jam melewati jam 6.00 petang. Tidak berkesempatan Mak Aji meninjau kebun di belakang - insya-Allah lain kali ya Mak Aji datang lagi!

Sebelum balik sempat Diana memberikan buah tangan - buah lemon. Terus teringat Mak Aji akan lemon butter cake! - alamak, ketuhar masih lagi rosak, belum sempat dihantar servis (pun tiada orang yang sanggup membeli yang baru, hu hu!). I'll be seeing a lot of lemonade and ice-lemon tea these few days (kegemaran Pak Aji tu).


Lemon pemberian Diana - terima kasih banyak-banyak Diana!!



Pegaga Ini Boleh Dimakan ke??

As-salam.

Pegaga air dalam pasu cetek yang juga menempatkan mexican orchid dan menjadi tempat ikan gapi berumah cukup subur dan sudah hampir padat pasu dibuatnya. Takut sahaja gapi lemas kerananya! Ada anak buah yang datang ke rumah petang semalam bertanya - 'Kenapa tak makan?" Mak Aji tanya balik, "Boleh makan ke?"

Boleh dimakan ke pegaga air ni??

Kalau boleh dimakan, sekejap sahaja luak pegaga ini dari pasu! Betul ke??


Mangga Berbuah Lagi

As-salam.

Pokok mangga berbuah lagi. Kalau sebelum ini buah kurang menjadi sebab tuan punya agak sedikit malas membalut buahnya (pokok bukannya tinggi sangat sebenarnya, cuma tuan punya sahaja yang agak kurang tinggi!). Kalau ada pun dibalut dengan surat khabar yang apabila terkena hujan dan panas tidak tahan lama. Nampak gaya kena balut dengan beg plastik pula agar cukup matang untuk dimakan. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...