About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 9 February 2013

Kacang Botor : Satu (eh Dua) Sahaja!

As-salam.

Tunggu punya tunggu, bila berbunga sahaja pokoknya, hati Mak Aji turut berbunga (dok terbayang kacang botor sampai tidak terhabis untuk dimakan - seperti sebelumnya). Malangnya ini sahaja hasilnya:

Buah sulung yang sedikit rosak, tidak sihat, tidak rangup.

Setelah puas membelek, kelihatanlah sebiji lagi:

Pun cacat, lihat lubang kesan ditebuk itu!

Yang di sekitar kacang botor pula ok:


Daun pandan yang jarang digunakan. Ditanam di pangkal pokok kacang botor.
Kunyit hitam subur di belakang rumah.

Kecewa juga melihatkan prestasi (hai, teringat prestasi kerja ke, he he!! Masa kerja ini yang paling menyampah) kacang botor ni. Baja tahi ayam sudah dibubuh, begitu juga baja buah. Entah apalah serangga atau ulat yang berkunjung??  Puas mengintai tidak juga kelihatan! Nanti kau!!



6 comments:

  1. mak aji..kacang botor sy skang sampai tak sempat nak tuai...sy agak sebab kerengga ada...lebat dah berbuah..cuba letak kerengga for sure serangga lain tak mari..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Itulah keadaannya masa kami tanam di rumah JB dulu sampai semua org yg lalu kat blkg rumah dioffer Pak Aji, auntie sebelah dan org depan rumah jangan ceritalah. Alahai Yang ooi, manalah nak dicari kerengga tu, he he!!

      Delete
  2. salam makji..
    belum tunjuk prestasi sebenar lg kot kcag botor tuh...baru2 belajar nak berbuah tuh..tgklah tak lama lagi mungkin lebat...kitanya tak berbunga2 lagi..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Harapnya gitulah, insya-Allah! Lepas Mak Aji punya berbuah elok nanti Ummuaidan pula akan berbunga lebat, he he!

      Delete
  3. Salam Mak Aji...insyaallah banyak buah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Insya-Allah, harap gitulah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...