About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 21 February 2013

Sempena Minggu Lemon

As-salam.

Bersempena Minggu Lemon yang (Mak Aji, he he, macam menteri pertanian pulak) isytiharkan beberapa hari lalu, Mak Aji ingin berkongsi sedikit maklumat tentang penjagaan pokok lemon yang merupakan salah sejenis pokok sitrus. Maklumat tersebut boleh anda lihat dan baca di bahagian kanan laman blog ini! Layan.......

Mak Aji setakat ini cuma ada pokok asam limau nipis dan asam limau purut. Kedua-duanya masih belum berbunga apalagi berbuah. Teringin juga untuk menambah stok limau dengan pokok lemon pula!

Sumber foto: http://www.beliefnet.com/Health/Physical-Health/Hidden-Health-Secrets-of-Lemons.aspx

Berikut juga sedikit maklumat (yang Mak Aji terjemah) tentang kelebihan buah lemon yang juga dikutip daripada sumber yang sama seperti foto di atas, hasil tulisan Theresa Cheung:

1. Orang Arab purba percaya bahawa dengan makan dan minum jus lemon pelbagai jenis racun boleh dineutralkan dan kajian saintifik telah membuktikan kebenarannya! Lemon mempunyai kelebihan antibakteria, yang kuat, antivirus, serta mempunyai upaya meningkatkan imuniti serta digunakan juga untuk mengurangkan berat badan ((kerana jus lemon membantu penghadaman dan boleh membersihkan hati). Lemon mengandungi pelbagai bahan - asid sitrik, kalsium, magnesium, vitamin C, bioflavonoid, pektin dan limonin - yang meningkatkan imuniti dan melawan jangkitan.

2. Kandungan asid sitrik dalam lemon cukup berkesan untuk merawat jerawat. Vitamin C dalam buah-buahan sitrus penting untuk mendapatkan kulit yang sihat manakala sifat alkalinya boleh membunuh beberapa jenis bakteria yang menyebabkan jerawat. Berikut cara merawat jerawat sendiri di rumah:
- Gunakan tangan atau kapas dan sapukan jus lemon pada jerawat dan biarkan semalaman. Basuh dengan air bersih keesokan paginya. Pada awalnya anda akan terasa sedikit pedih tetapi rasa itu akan hilang.
- Campurkan satu bahagian jus lemon dengan satu bahagian air ros atau madu. Letakkan campuran itu ke jerawat selama sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Ulangi dua kali sehari, pada pagi dan malam.

Catatan: Petua ini selamat dan semulajadi tetapi jika jerawat agak serius atau terdapat lukan tanyalah doktor terlebih dahulu.

3. Kajian membuktikan bahawa salap lemon membawa kesan menenangkan dan boleh menghilangkan keletihan (fatigue), pening, anxiety, perasaan gemuruh, dan stres. Menghidu pati minyak lemon juga boleh membantu meningkatkan tumpuan dan kesiapsiagaan. Jadi ia sesuai dijadikan penyegar bilik di pejabat untuk meningkatkan kecekapan staf. Jika anda agak stres titiskan beberapa titik minyak pati lemon pada sapu tangan dan hidulah.

4. Ciri antibakteria dan antivirus boleh mencepatkan kesembuhan dalam kes kanker. Campurkan jus lemon yang baru diperah ke dalam gelas berisi air suam dan gunakannya untuk berkumur-kumur. Lakukan tiga kali sehari. Anda mungkin terasa pedih apabila jus ini menyentuh kanker (ulser pada mulut) tetapi apabila semakin kerap dilakukan pedih akan kurang.

5. Demam dan seram sejuk mungkin berlaku kerana berbagai sebab tetapi lemon boleh membantu. Anda boleh mengurangkan gejalanya dengan memerah jus sebiji lemon ke dalam secawan air panas yang dicampurkan madu. Minum segera dan setiap dua jam sehinggalah demam atau seram sejuk hilang.

6. Apabila anda selsema, kebaikan lemon adalah dalam bentuk membekalkan dengan segera vitamin C kepada sel pertahanan dan secara luarannya dengan memanfaatkan ciri antivirusnya terhadap selaput lendir di hidung dan mulut.
Sebaik sahaja terdapat gejala selsema - hidung berair atau tekak perit - tambah vitamin C anda sebelum virus semakin kuat. Perah jus sebiji lemon dan1 sudu kecil garam serta secawan air suam.  Kumur--kumur tiga kali sehari selama seminit untuk menghilangkan rasa pedih. Jika anda mengalami sakit tonsil, kumur-kumur setiap dua jam sekurang-kurangnya 30 saat dengan jus sebiji lemon. Dongakkan kepala agar jus sampai ke belakang tekak. Selepas siap berkumur anda juga boleh minum jus lemon.

7. Kepingan lemon yang diletakkan semalaman boleh digunakan untuk merawat kematu. Potong lemon setebal 5 mm, letakkan pada kematu dan balut. Kematu juga boleh disapukan minyak pati lemon. Gunakan bola kapas atau putik kapas untuk menyapu minyak itu pada kematu (jangan pada bahagian yang tidak berkematu).

8. Jika anda mengalami jangkitan kulit seperti ekzema, balutan lemon boleh membantu. Campurkan 8 titik minyak pati lemon ke dalam secawan air suam dan 1 sudu makan madu (ada ciri kesan antiradang dan membantu meningkatkan manfaat lemon). Rendam kain linen ke dalam air itu, perah dan letakkan ke kawasan yang terkesan itu selama 15 minit. 2 hingga 3 kali sehari.

9. Lemon terbukti bermanfaat untuk menghilangkan rasa letih (fatigue) dan melawan pelbagai jangkitan di negara tropika. Sedikit sahaja jus lemon mampu menghilangkan dahaga berbanding air biasa. Jadi jus lemon biasa dicampurkan kepada air biasa bukan sahaja sebagai antiseptik malah boleh mencegah penyakit kerana alahan kepada bekalan air di negara asing.

10. Lemon boleh membantu menyegarkan nafas selepas memakan rempah tertentu, alkohol, menghisap rokok atau mungkin juga kerana air liur yang tidak mencukupi (air liur kering). Untuk menyegarkan nafas kumur-kumur beberapa kali sehari menggunakan jus sebiji lemon yang dicampur kepada segelas air suam. Memgunyah hirisan lemon selepas makan juga akan membantu.

11. Bawang putih dan bawang merah terbukti dapat melawan hipertensi apalagi setelah bergabung dengan lemon. Campurkan 3 ulas bawang putih yang ditumbuk dan 1 bawang merah yang dicincang ke dalam 950 ml air atau susu tanpa lemak yang sejuk atau susu rendah lemak atau susu soya. Masak hingga mendidih dan biarkan selama 5 minit. Tuang dan tapis serta sejukkan. Campurkan jus 3 biji lemon dan minumlah sepanjang sehari. Jika tahap kolesterol anda tinggi pektin dalam lemon mampu merendahkan paras kolesterol.

12. Jika anda disengat serangga penyengat, keluarkan penyengat itu dengan penyepit. Urut bahagian itu menggunakan 1 hingga 2 titik minyak pati lemon yang dicampur 1 sudu teh madu. 
Untuk mencegah gigitan serangga titiskan 20 titik minyak pati lemon ke dalam 1 cawan air dan semburkan ke udara. Baunya harum dan menjauhkan serangga. Anda juga boleh merendamkan bebola kapas ke dalam minyak pati lemon dan letakkan di bilik tidur anda. Jika berada di luar rumah, sapukan wangian lemon ke kulit yang terdedah. Anda juga boleh campurkan 10 titik minyak pati lemon ke dalam satu setengah auns minyak bunga matahari dan sapukan ke kulit.

13. Salap lemon yang dicampurkan dengan herba penenang lain (seperti valerian, hops dan chamomile) membantu mengurangkan anxiety dan memudahkan tidur. Kajian menunjukkan bahawa salap lemon mampu meningkatkan ketenangan dan kesiapsagaan.

14. Meskipun rasanya pahit, jus lemon mempunyai kesan alkali terhadap tubuh kita dan dengan itu merupakan ejen semulajadi untuk menghilangkan lebihan asid yang boleh menyebabkan sakit sendi. Minum jus sebiji lemon yang dicampur segelas air suam dan minum 3 kali sehari dan jika anda terasa sakit, tambahkan kepada 2 biji dan 3 kali sehari. Untuk menghilangkan sakit dan mengawal keradangan urut kawasan yang sakit setiap hari dengan beberapa titik minyak pati lemon yang dicampur 1 sudu besar minyak jojoba.

15.  Minum jus sebiji lemon yang diperah ke dalam segelas air suam selepas setiap kali makan. Asid lemon akan merangsang pengeluaran asid di perut serta aktiviti otot perut.

16. Minyak pati lemon mempunyai ciri memperkuat yang boleh membantu masalah urat timbul (varicose and spider veins). Untuk spider veins, ambil 2 hingga 3 titik minyak pati lemon (setiap hari), campurkan dengan semangkuk kecil minyak jojoba atau minyak avokado atau minyak almond dan urut bahagian berkenaan.

17. Untuk varicose vein, titiskan 6 titik minyak pati lemon kepada 50 ml minyak wheat germ dan 2 titik minyak cypress dan 2 titik minyak juniper. Gunakan campuran ini untuk mengurut kaki dari ke bawah ke atas ke arah jantung. Sebagai mandian titiskan 8 titik minyak pati lemon ke dalam tab mandi. Campurkan juga 4 titik minyak cypress yang dicampur 1 sudu besar madu. Berendamlah selama 15 minit, lap hingga kering - jangan disapu.


Peringatan:  Jika anda mengalami heartburn, masalah buah pinggang atau gall bladder atau ada alahan sitrus, tanyalah doktor terlebih dahulu sebelum mengikut petua-petua di atas. Untuk melindungi enamel gigi anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya setengah jam sebelum memberus gigi anda selepas mengunyah, meminum atau berkumur dengan jus lemon. Menyapu jus lemon atau minyaknya tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.

CATATAN MAK AJI: SEMOGA BEROLEH MANFAAT, INSYA-ALLAH.

Sumber maklumat: http://www.beliefnet.com/Health/Physical-Health/Hidden-Health-Secrets-of-Lemons.aspx

6 comments:

  1. Replies
    1. Hi Dewberry,

      Actually the lemons are not mine and the photo is from the source below it.

      Delete
  2. hmm banyaknya khasiat lemon.. Saya pesakit buah pinggang tapi ada salah seorang prof di UTM nasihatkan saya amalkan minum jus lemon setiap hari. Tapi tak rajin buat sebab lemon mahal.. Bestnya kalau ada pokok lemon macam Diana punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,

      Mak Aji terjumpa maklumat itu dan diri sendiri pun kagum dengan pelbagai khasiatnya jadi itu yang dikongsi di sini! Mak Aji tahu yg Nurul x sihat cuma kurang pasti sakit apa. Betul tu, harganya agak mahal, kalau belipun sekadar sebiji dua je. Nak kena tanya Diana ada ke x anak benih lemon ni, jom kita tanam!

      Delete
  3. salam makji..begitu byk khasiat lemon..mmg patut tanam & menggunakannya setiap hari kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Itulah pasal. Belum pun nyebut nak tambah koleksi lemon pulak, Pak Aji dah sebut, kalau nak beli pokok tengok practicality, nak buat apa, nak tanam kat mana, guna hari2 x, ... bla bla bla, timbulnya sbb dia kata x luak ya daun limau purut??? Perli konon sbb lama x masak pakai tu, he he!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...