About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pelbagai kunyit. Show all posts
Showing posts with label pelbagai kunyit. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

Sepetang di Pasar Chow Kit

As-salam.

Beberapa minggu lepas Mak Aji menemankan kawan, Ibu Dewi (kawan dari Surabaya) ke pasar Chow Kit.  Mak Aji terasa umpama jakun masuk ke pasar sebab sudah terlalu lama tidak ke situ manakala Ibu Dewi pula yang umpama balik kampung! Semasa di KL, dia akan ke Chow Kit sekali seminggu untuk keperluan restoran suaminya di Shah Alam. Seperti biasa, Mak Aji sentiasa bersenjatakan kamera. Ini foto istimewa untuk anda:

Kunyit hitam cukup besar saiznya!
Halia bara juga besar!
Pertama kali melihat kunyit putih!
Temulawak juga besar!
Temu kunci mudah kita jumpa di pasar pagi.

Temu pauh.
Patawali yang cukup pahit.
Lempoyang.
Kunyit bonglai.

Mak Aji cukup seronok melihatkan pelbagai jenis kunyit dan halia dan yang sejenisnya. Rupa-rupanya segalanya ada di situ - yang tiada emak dan bapa sahaja!!

Buah-buahan pula cukup banyak, segar dan murah sekali! Sayangnya tidak banyak yang dapat dibeli sebab terbawa, tidak cukup tangan! Akhir kata, lain kali Mak Aji mahu lagi ke sana, entah bilalah tu???



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...