About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 1 January 2013

Sepetang di Pasar Chow Kit

As-salam.

Beberapa minggu lepas Mak Aji menemankan kawan, Ibu Dewi (kawan dari Surabaya) ke pasar Chow Kit.  Mak Aji terasa umpama jakun masuk ke pasar sebab sudah terlalu lama tidak ke situ manakala Ibu Dewi pula yang umpama balik kampung! Semasa di KL, dia akan ke Chow Kit sekali seminggu untuk keperluan restoran suaminya di Shah Alam. Seperti biasa, Mak Aji sentiasa bersenjatakan kamera. Ini foto istimewa untuk anda:

Kunyit hitam cukup besar saiznya!
Halia bara juga besar!
Pertama kali melihat kunyit putih!
Temulawak juga besar!
Temu kunci mudah kita jumpa di pasar pagi.

Temu pauh.
Patawali yang cukup pahit.
Lempoyang.
Kunyit bonglai.

Mak Aji cukup seronok melihatkan pelbagai jenis kunyit dan halia dan yang sejenisnya. Rupa-rupanya segalanya ada di situ - yang tiada emak dan bapa sahaja!!

Buah-buahan pula cukup banyak, segar dan murah sekali! Sayangnya tidak banyak yang dapat dibeli sebab terbawa, tidak cukup tangan! Akhir kata, lain kali Mak Aji mahu lagi ke sana, entah bilalah tu???



8 comments:

  1. salam
    jakunnya saya..tak tau pulak ada kunyit hitam dan putih...tau kunyit kaler kuning ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kunyit hitam...putih....temulawak la ubat yg mujarab.
      Kunyit kuning tidak semujarab yg tadi tu

      Delete
  2. Salam Kam,

    Bukan awak sorang, Mak Aji pun jakun gak, pun br tahu ada kunyit putih. Yg hitam ada ditanam tp halus je, sebesar hujung jari telunjuk. Yg ni sebesar dua kali ganda ibu jari kaki!

    ReplyDelete
  3. mak aji...kalau tak kerana mak aji...tak tau pulak sy segala tumbuhan yang dipaparkan...besar-besar pulak tu..biasa tgk yg dh diprocess krim-krim utk kurus..n yg lagi terkejut ada di chow kit...heheh sy fikir semua tu di pasar indonesia...baca balik betul lah chow kit malaysia..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      he he, Mak Aji rasa benda ni dtg dr seberang sbb saiznya luar biasa! dek krn ramai sgt org sana kat sini, maka segala macam rempah yg mrk guna, mrk bawa ke mari. Semacam dah mrk ambil alih Chow Kit tu!

      Delete
  4. wah apakah itu kunyit hitam dan kunyit putih? ### jakun saya sekejap....

    ReplyDelete
  5. salam mak aji...boleh saya tahu gerai yang jual pelbagai kunyit ni kat bahagian mana di pasar chow kit?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...