As-salam.
Pada pagi Sabtu lepas, sebelum bertolak balik ke KL, kami menyinggah di nurseri sebab Pak Aji mahu mendapatkan tanah serta polibeg besar bagi menempatkan anak pokok mangga yang diberikan oleh suami Cik Ning, Abang Him. Pak Aji risau kalau-kalau pokok itu tidak mahu hidup sebab tanah yang menyelaputi akarnya sudah sedikit berkecai semasa anak pokok itu digali.
Sambil Pak Aji sibuk berurusan dengan pekerja nurseri itu, Mak Aji tidak melepaskan peluang meninjau bunga dan pokok-pokok yang dijual di nurseri itu. Layanlah foto yang dirakamkan:
Tak tahu bunga apa. |
Umpama torch. |
Ros berbilang kelopak. |
Bunga senduduk - sengaja di gantung - cantik pula, kan! |
Semacam bunga pokok jambu air. |
Ini juga cantik, entah apa namanya? |
Anthurium putih. |
Tidak tahu apa ke namanya. |
Cukup unik bunga dan daunnya! |
Orkid cantik. |
Cantik, kan! |
Paling berkenan pokok ini - cantik dan unik sekali! |
Dari sisi. |
Dari dekat, ada kelopak bunga kecil pula!! |
Meriah sungguh warnanya. |
Sejenis keladi yang cantik daunnya. |
Orkid lagi. |
Pelik juga pokok ini. |
Pitcher plant. |
Cantik juga. |
Cubalah cari pokok-pokok di atas di nurseri ini, di Kota Bharu. |
No comments:
Post a Comment