As-salam.
Mak Aji sebenarnya cukup kecewa dengan pokok akar dani yang diharap berbunga tetapi tidak. Beberapa minggu lepas Pak Aji menyebut yang pokok itu bukan akar dani tetapi pokok lain! Pokok itu sebenarnya Mak Aji ambil dari bawah pokok akar dani - tentunya anak pokok akar dani - main agak saja sebab daunnya sama sahaja. Selepas membelanya sudah bertahun, dipindahkan tempatnya beberapa kali dan akhirnya di sisi pergola, tiada langsung rupa bayang bunga! Akhirnya Mak Aji beritahu Pak Aji, tebang sahajalah. Tahu-tahu sahaja pokok sudah tinggal tunggul!
Semalam kami menyinggah ke nurseri dan mendapatkan pokok akar dani yang sebenarnya! Untuk tidak tersilap identiti lagi, kami ambil yang ada bunganya sebagai bukti! Tipah tertipu rupa-rupanya!!
Gemulah 'akar dani'! |
Pokok akar dani sebenar, insya-Allah!! |
Assalammualaikum ummu..mak saya ada tanam akar dani ni..dalam pasu..memang wangi bunganya..tambah bila malam..nanti dapatlah tengok bunga ni berketui2..cantik..:D
ReplyDeleteWaalaikumussalam Hitomi,
ReplyDeleteDulu di rumah lama Mak Aji tanam dan naik ke pergola di sisi tingkap ruang tamu. Betul tu, bila malam cukup wangi (mcm seram pulak bila terlupa!) Seronok bila dah keluar bunganya nanti! Tak sabar.
salam mak aji,
ReplyDeletenampak lain kan daun akar dani sebenar dengan yang tak benar....akar dani sebenar mcm timbul sikit bilang urat daun..betul tak?