As-salam.
Selepas sarapan dan selepas berehat seketika, kami ke Saujana Impian, Kajang untuk menziarah keluarga kawan Pak Aji. Isterinya baru bersalinkan anak mereka yang keempat. Sebelum masuk pun ke rumah Mak Aji terlihat bunga berikut yang belum pernah dilihat sebelum ini. Warnanya putih bersih dan katanya mengeluarkan bau yang harum. Ini rupanya:
|
Kata tuan punya, nama bunga ini santalia. |
|
Ini pokoknya di dalam pasu. |
Berikut pula pokok-pokok lain yang terdapat di laman hadapannya:
|
Bunga daripada pokok yang sama seperti buah seperti epal kecil pada foto bawah. |
|
Buah umpama epal kecil (pernah terjumpa sebelum ini). |
|
Pokok delimanya galak berbuah! |
|
Pokok limau pun galak berbuah juga! |
I like the white flowers, they look very pretty :)
ReplyDeleteHi Dewberry,
ReplyDeleteMe too, I love the unique leaf-shaped petals and also the middle part (filament?) jutting out in the petals. Lovely.
Salam maulid rasul makji..
ReplyDeletepokok yg buah mcm epal tu mmg tak blh makan ker..? kalau blh makan kan best...bunga warna putih tuh pun cantik jgk tuh..
Salam Maulidurrasul Ummuaidan.
DeleteKatanya buah tu boleh makan tp masam! memang cantik!
Oh seronok tengok pokok delima tu.
ReplyDeleteSalam Diana,
DeleteMemang geram tengok buah delima tu. Pernah nak beli anak pokok tp Pak Aji serik sbb pernah tanam x pernah berbuah. Skrg boleh kecek spy beli lg sbb tengok org punya elok je berbuah!
bestnya siap berbuah..lebat semuanya...bunga putih tu unik...suka betul bunga putih
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteTuan rumah beranak kecil, pokok di lamannya pun berbuah lebat, memang murah rezeki mereka! Perasan tak bunga putih biasanya wangi, kan?? Ini pun.