About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 16 January 2013

Memang Sah Akar Dani!

As-salam.

Selepas peristiwa tersalah identiti tempoh hari, Mak Aji terpaksa memastikan pokok yang dibeli memang benar-benar akar dani berdasarkan gugusan bunga yang hampir kembang. Pagi ini sudah keluar beberapa kuntum bunganya. Jadi alhamdulillah memang sahlah akar dani! Tipah asyik tertipu aje! Jangan sampai tertipu lagi!

Bunga yang belum kembang tempoh hari.
Sudah kembang!
Bukan sahaja kembang, sudah wangi!! Yess!!

Sehari dua ini pokok ini akan dipindahkan ke tanah. Akan dibiarkan yang ini pula memanjat pergola - memang dibuat pergola gara-gara pokok inilah!




8 comments:

  1. Salam makji...
    pokok akar dani nie untuk hiasan atau ade khasiat drp akarnya...sorilha jrg dengar..hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Ummuaidan,

    setahu Mak Aji pokok ni utk hiasan aja, belum pernah dengar kalau2 ada khasiat drp mana2 bahagian pokok ni. Yg best tu bunganya bertukar dr warna putih ke pink dan seterusnya ke merah! Pun wangi.

    ReplyDelete
  3. Salam Mak Aji,

    Bunga dani ni seakan bermusim.
    Saya ingat mak punya dah dia cantas tak tanam lagi semenjak balik duduk rumahnya tak nampak kelibat (tak de nampak bunganya). Rupanya ada dekat pergola dan baru meriah berbunga dari minggu lepas. Mungkin ia menunggu penghujung monsoon barat daya agaknya baru nak berbunga. Bolehkah kami lawat taman Mak Aji minggu ni nak hantar benih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Nampak gaya memang saing pokok ni berbunga ya. Dah tiba musimnya agaknya. Boleh, datanglah ke rumah, Mak Aji ada aja kat rumah, cuma call no. rumah, 60381566 sblm bertolak nak dtg ke mari ya! Elok dtg petang2 kita minum teh di beranda!

      Delete
  4. salam mak aji...cantiknya taman kalau bunga berkembang..wangi x bunganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wanie,

      Alhamdulillah memang cantik bila bunga berkembang di taman. Yang ini bunganya wangi. Sekarang masih dalam polibeg tetapi akan di tanam tepi tingkap bilik tidur agar bau wangi masuk ke bilik nanti insya-Allah!

      Delete
  5. Salam Mak Aji .. nanti nak tak tanya ada satu bunga tu.. spesis ni juga ke... ada di rumah neighbour Mak Sedara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Letaklah gambarnya, nanti kita tengok sama2.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...