As-salam.
Selamat tahun baru semua. Entah pernah atau tidak, kurang pasti, yang Mak Aji sambut tahun baru di kampung (kecuali semasa sebelum berhijrah ke KL). Mak Aji di rumah sahaja lewat malam tadi, tidak keluar pun ke bandar. Apapun, malam tadi tiada langsung bunyi dentuman bunyi dentuman bunga api atau apa-apa bunyi lain yang menandakan peralihan tahun. Biasa-biasa sahaja.
Di luar masih hujan gerimis sejak pagi-pagi lagi. Semalam seharian langit bagai hendak runtuh, hujan lebat sepanjang hari. Jangan pula hujan sampai banjir bila kami akan balik ke KL insya-Allah hujung minggu nanti.
Akhir kata (untuk entri ini), salam tahun baru, semoga tahun baru membawa segala yang baik-baik untuk kita semua, insya-Allah!
Selamat tahun baru makji sekeluarga...psstt...ade rancngn nak dpt menantu baru tak tahun baru nie..heheh
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteSame wishes to you n family too! Yang pasti dapat cucu baru insya-Allah. FYI br mlm tadi dpt clue yg anak no. 3 nak kahwin tahun br ni! Alamak, rabak lagi, he he!!
wah wah tahniah makji..bakal dpt menantu lg, cucu lg....meriahlah nanti..
Delete