About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label burung bina sarang. Show all posts
Showing posts with label burung bina sarang. Show all posts

Saturday, 12 May 2012

Burung Murai Pula Bertelur!!

Patah tumbuh hilang berganti! Kalau telur burung ngobok putih sudah hilang, pada pagi ini Pak Aji memaklumkan bahawa burung murai pula yang bertelur di pokok tanduk rusa, juga di porch rumah!! Padanlah burung murai cukup garang semalam - kata Pak Aji ada seekor biawak keluar dari semak di tanah orang sebelah. Sebaik sahaja murai nampak biawak, diserangnya dan dipatuknya biawak sampai biawak kabur (lari)! Pak Aji sudah syak yang burung murai bertelur, cuma dia tidak tahu di mana! Sekarang tahulah kami. Cuba tengok foto berikut:

Tanduk rusa di porch.
Pak Aji panjat tangga untuk mengambil foto ini!!
Jeng jeng jeng, telur dua biji!
Betapa comelnya telur ini!!


Saturday, 5 May 2012

Sarang Burung Sudah Siap

Sepasang burung 'ngobok' putih yang membuat sarang di ranting pokok buluh Jepun di tiang porch sudah pun menyempurnakan tugas mereka. Kata Pak Aji, sehari dua ini akan bertelurlah burung betina itu! Cuma satu sahaja kerisauan kami - sarang itu terlalu rendah, sekitar kurang daripada 5 kaki dari lantai - takut dikerjakan kucing nanti anak burung yang bakal menetas! Apapun, kita lihat dulu foto pokoknya dan juga sarang burungnya:

Pokok buluh Jepun
Sarang burung siap dari dekat.
Janganlah ada kucing perasankan sarang burung ini - harap-harap selamat!


Thursday, 3 May 2012

Kembali Normal

Selepas sebulan pokok-pokok di keliling rumah bercempera dan menjadi mangsa keadaan selama sebulan, maka pada hari minggu lepas gerakan 'bersih' dijalankan untuk mengembalikan keadaan seperti sebelumnya. Nasib baiklah tiada pokok yang mati. Setelah pokok-pokok dikembalikan ke kedudukan asal kecuali ada sedikit perubahan sana sini, Pak Aji membaja kesemuanya agar segar kembali. Lega! Inilah keadaan yang kembali normal (hampir!): 

Tempat pekena kopi atau teh pada pagi hari minggu bertemankan kicauan burung. How wonderful life is!!
Pokok-pokok dalam proses pemulihan! 
Pokok-pokok yang berkeliling tiang porch.
'Tanah rizab' untuk pergola - Usaha memujuk Pak Aji untuk membinanya masih berjalan lancar!!
Suasana kembali normal.
Porch yang lebih luas - boleh muatkan lima kereta sekaligus! - selesai masalah parkir!
Tanduk rusa di atas juga memang terkesan akibat terpaksa berjemur. 
Pokok hempedu bumi bertukar merah daunnya setelah sebulan berpanas!
Pokok udara
Nampak tidak plastik dan kertas yang dibawa burung sebagai bahan untuk sarangnya?? Semasa
gambar ini dirakam, burung sedang sibuk membina sarangnya!!

Sekarang Mak Aji sedang berusaha melobi Pak Aji agar membina pergola - supaya suhu bilik tidur utama dapat diturunkan sedikit, kurang sedikit bil elektrik! Ini kerana panas petang cukup terik dan berpanjangan selama beberapa jam. Mohon doakan ya, agar hajat kesampaian!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...