As-salam.
Pada hari raya pertama (malamnya) kami beraya di rumah bapa saudara di Ampang. Selepas dijamu makan, kami berborak-borak tentang kesihatan. Mereka suami isteri dalam lingkungan usia 60-an dan alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik, mempunyai berat badan ideal dan tiada masalah kesihatan (kecuali emak saudara yang tinggi paras kolesterolnya, namun terkawal).
Apabila ditanya apa petua mereka, bapa saudara antara lain memberitahu apa yang diamalkan sejak bertahun-tahun dahulu - amalkan meminum dua sudu besar air cuka bersama-sama sesudu besar madu yang dibancuh ke dalam segelas air suam. Lakukan sebelum minum atau makan apa-apa setiap pagi. Ulang yang sama pada jam 10.00 pagi dan 3 petang. Insya-Allah sakit kaki/tumit (aduan Mak Aji kepadanya) yang dialami setiap pagi apabila bangun pagi akan hilang. Mak Aji sudah mencubanya sejak beberapa hari lalu dan alhamdulillah sakit memang berkurangan dan ada kalanya hilang langsung (belum tahap serius agaknya).
Menurut katanya lagi, boleh sahaja cuka atau madu apa yang digunakan, insya-Allah kesannya sama sahaja. Berikut antara madu dan cuka yang kami gunakan di rumah:
Dari kiri, madu tempatan, madu Yaman, cuka kurma, cuka tebu dan cuka epal. |
Selain amalan di atas, mereka juga 'hampir' mengubah guna bilik entertaintment (tengok TV, wayang dll) kepada bilik terapi yang menempatkan mesin Alpha One dan juga Ceragem (berbaring di atasnya). Dengan amalan dan terapi di rumah, mereka mampu makan apa sahaja tanpa perlu berpantang! Makan sedap, kata mereka!!
Anda ada amalan yang boleh dikongsi? Amalan untuk awet muda ke, he he he!!
Salam mak aji,
ReplyDeleteSaya ada dengar cuka buah campur madu memang bagus untuk kesihatan. Even nabi muhammad pun suka makan cuka. Saya baru berjinak-jinak nak makan cuka buah ni. Tp buat masa sekarang saya amalkan makan EPO je setiap hari. Kalo tak amalkan susah nak jadi supermom untuk anak dara saya yang melasak tu....keke.
Salam. betul tu, kena maintain diri sebelum boleh menjadi yang super, baik mom ke, wife ke dan segala macam super lagi! Qis lasak eh, terbayang wajahnya yang comel!
ReplyDeleteSalam mak aji..mujarab yer petua nie..madu + cuka, belum pernah dengar lagi..yg biasa orng2 kat sini buat minum air kurang2 2 liter sehari, jgn guna econ atau kipas..guna natural jer..jgn minum/ mkn yg dlm peti ais..nampaknya dr tgk keadaan mrk mmg betul hidup sampai lebih 80an jrg dpt penyakit tak mcm kita..sy since sy dok fiji alhamdulillah jrg demam kerap sgt mcm kat mesia blh kata 2 bln sekali demam, selesemala, batuklah..etc..sbb utama adalah kerja dlm econ..kat sini dlm setaun tak lebih 3 kali kalau tgk yg lepas2..tak pakai econ..tido pun guna kipas tak direct atas muka..bila sejuk ttup la..tp mmg cara natural lebih healthy..
ReplyDeleteSalam Ummuaidan, insya-Allah mujarab. setuju pasal air con. Mak Aji sejak bersara pun jarang demam/selsema sbb kat ofis dulu mcm dok dlm peti ais. Mak Aji migraine, tp kalau minum air byk, kurang kena. Kata dr, enjin panas! Setuju dgn go natural - tok nenek kita dulupun sihat x mcm org kita skrg - kita byk short-cut buat kerje, mrk guna tulang 4 kerat. Kita kena revise balik hidup n try to go natural semungkin boleh!
Deletesalam..Minum air 2 liter saya setuju. .sel dlm bdn senang nak aktif..utk natural tu susah. .udara dah tak bersih byk pollution..hidup kita mcm bom jangka bila2 boleh dpt penyakit memang kena makan supplement..saya minum vemma oracnya tinggi banding dgn produk lain..memang kena melabur juga utk sihat ni..apa2 pun semua kehendak Allah jua..kita usaha Allsh tentukan..
ReplyDeleteSalam. First time dengar supplenent vemma oracnya. Produk tempatan?? Setuju, kita usaha Allah tentukan!
Delete