As-salam.
Terdapat tiga pokok betik di belakang rumah. Satu sudah ditebang kerana tidak lagi menghasilkan buah dan untuk membina para bagi pokok kacang botor yang sudah mahu memanjat. Sementara Pak Aji menyediakan para yang elok sedikit, saksikan para sementara buatan Mak Aji - memanfaatkan batang paip PVC sedia ada:
|
Rumah sementara pokok kacang botor! Bertemankan pokok pandan yang agak kurang subur. |
|
Pokok betik yang berbelas kaki tinggi - masih berbuah tetapi semakin kecil dan susah dikait. |
|
Pokok cili galak berbuah - berapa banyak cili api dahhhh! |
|
Pokok pagar sebelum pagar belakang rumah. |
|
Serai wangi di sebelah beranda belakang rumah. |
|
Bahagian pangkalnya berwarna merah, berbeza daripada serai biasa. |
salam makji..
ReplyDeletebanyak nampaknya pokok2 blakang umah tuh..betik tinggi tuh camaner nak makan?pokok pagar tuh pun cam yg ade kat umah nie jgk...tak lama lg besar laa tuh..
Salam Ummuaidan,
Deletesebenarnya x byk sangat pokok di belakang sbb tanahnya sempit sahaja. tanah yg luas di hadapan rumah. buah betik terpaksa dipetik dgn naik tangga dan kena kait lagi. pokok pagar memang segar musim hujan ni, memang untuk dibuat hadang spy jiran belakang kurang nampak aktiviti kami di beranda belakang.