About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 2 November 2012

Pokok Cili Gergasi

As-salam.

Sejak semalam Pak Aji mengingatkan Mak Aji tentang cili api yang perlu dipetik sebab sudah terlalu banyak yang masak dipokok. Semasa Mak Aji sibuk di dapur Pak Aji dengan 'bersenjatakan' gunting dan tudung saji plastik pergi memetik cili. Hendak tahu setinggi mana pokok cili api kami? Saksikan:

Ketinggian pokok cili sekitar 2 kaki melepasi kepala Pak Aji.
Cili api punya banyak hingga tidak termakan.
Tudung saji untuk menadah cili.
Hasil tuaian hari ini.
Mahu dibuat apa cili api yang banyak ini???

Nampak gaya Mak Aji kena tanya Pak Cik Google tentang cara jeruk cili - tidak pernah buat sebelum ini. Selama ini cili berlebihan diberi sahaja kepada jiran. 



9 comments:

  1. Salam mak aji....wah cili merah tuh nampak, segar bugar ...cili jeruk bukan taruk cuka jer ker (tuh selalu tgk mak biasa buat)..tak pun mesin simpan takleh kerr...heheh..

    ReplyDelete
  2. salam. taruk cuka je? x taruk garam sekali ke? kalau taruk, takut x kena proportion dia pulak. kalau mesin simpan gitu aje lama-lama berkulat (walau dlm peti ais) gak kalau x taruh apa-apa bahan lain utk preserve x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah..tak braper ingat laa mak aji, rs mak tak buh garam tu..kalau mesin mmg tak tahan lama leh berklat jugak..

      Delete
    2. oh ya ke. kena cuba jglah insya-Allah, cuka shj ya.

      Delete
  3. mak aji,

    saya pernah sekali buat cili jeruk, ada dalam previous entry...mak aji try lah carik ...hehehe...tahan lama jugak, lebih 2 bulan.

    memang tingi betul pokok ni....jodoh saya ngn pokok cili tak pernah ok....hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat malu je, Mak Aji org tua dok blaja ngan org muda2 tp takpalah kita bukan master of all ya. wah, impressive, tahan 2 bulan.

      pokok cili jd besar sbb nak mendapat matahari, berebut dgn pokok lain di kelilingnya, itu pasal setinggi tu! pokok cili tu Pak Aji yg tanam, kononnya menumpang di bwh pokok bunga dulu, pastu baru nak alih, x teralih-alihlah tu. kena cuba tanam lg, mana tau ada jodoh lagi?? he he!

      Delete
  4. Salam..mashaallah tinggi dan suburnya pokok cili api tu..Mak Aji guna baja apa ya?

    ReplyDelete
  5. 1st time tengok pokok cili lebih tinggi dari manusia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cukup tinggi dan banyak dapat berkhidmat kepada tuannya. Dah lama x membeli cili api. Pun teman taulan serta jiran tetangga dapat menumpang sekali, alhamdulillah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...