About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 8 November 2012

Rezeki Musim Hujan

As-salam.

Sekarang musim hujan dan sebagai orang yang dibesarkan di Kelantan, Mak Aji teringat-ingat makanan yang sering ada di musim hujan - ubi kayu rebus dan dicicah kelapa parut dan gula, nasi panas-panas dengan ikan budu (ikan pekasam), ikan sardin, telur masin, belalang goreng, burung goreng, .....

Itulah makanan kami terutama sekali apabila sudah berlaku banjir - tiada ikan segar kecuali ikan sungai (nelayan tidak ke laut kerana ombak besar).

Tengah hari semalam Pak Aji memetik pucuk ubi dan menggali ubi kayu. Agak banyak yang diperoleh - ubi yang paling gemuk yang Mak Aji pernah lihat:

Ubi kayu yang siap dikopek dan dibersihkan. Lihatlah saiznya berbanding pisau chopper!
Bahagian untuk tuan punya untuk dibuat bingka.
Pak Aji mengerjakan ubi kayu.
Kopek jangan tak kopek!
Jenuh juga nak menghabiskan kerja ini.

Memandangkan kami bertiga sahaja di rumah, maka selebihnya dikongsi dengan sebuah keluarga mualaf berbangsa India yang agak rapat dengan keluarga kami. Keluarga mereka agak susah dengan bilangan anak yang ramai. Agaknya pagi ini mereka kenduri ubi kayulah ya! 

Mak Aji pula mencuba untuk pertama kalinya, bingka ubi kayu yang resepinya mudah sahaja. Alhamdulillah menjadi, cuma tidaklah semanis yang arwah emak Mak Aji biasa buat. 


Bingka ubi kayu.
Bingka siap untuk dimakan!
Alhamdulillah sedap!! Jom makan!

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, dapatlah pula dikongsi dengan orang lain.

Sebenarnya pada mulanya ubi kayu ditawarkan kepada jiran sebelah tetapi dia tidak mahu kerana katanya tiada orang yang akan masak (isteri out-station agaknya). Yang bagusnya buah rambutannya sedang masak, maka ditawarkan kepada kami buah rambutannya! Sebenarnya Mak Aji sudah mengintai buah rambutannya, sudah disebut pada Pak Aji - bilalah agaknya boleh merasa rambutan itu!! he he, rupa-rupanya rezeki dapat semalam!!

Rambutan pemberian jiran sebelah! Anak sekolah ke?? Cuma kurang lekang tetapi cukup manis! Alhamdulillah!



9 comments:

  1. Salam mak aji..bingka ubi kayu tu feveret..sedap..nak buat jgk tp ubi kayu tak tergali2 jgk...ayahnya malas nak menggali hehehe...
    mokte skoloh napok sedp tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. first time buat ni, selama ni dok make org lain buat. alhamdulillah menjadi, dok gedebar jugok takut x jadi. memang manis mokte tu!

      Delete
  2. sedaknyoh ubi kayu rebus hmmm...yum yum....tok rebus cicoh sambal ko mok aji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, meme sedak sebab fresh. dok sibuk beri kat org terlupa nak simpan sikit utk rebus pagi ni buat breakfast. x de rezekilah tu, dpt makan bingka jah, alhamdulillah.

      Delete
    2. makan ngan sambal ike bilis pun sedap jugok! kecur air liur dah...

      Delete
  3. bestnye kalau ubi kayu rebus cicah sambal bilis sedapnye. mmmm.....buat bingka pun sedap jugak. Dulu masa arwah nenek saya ada,kalau dia dapat banyak ubi kayu dan sukun dia selalu sagat dan buat kerepek. sekejap je habisnye. :) Kalau buat ubi ketuk pun sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau musim hujan, apa-apapun sedap makan!! kalau kena ubi kayu ngan kopi 0 pulak, hai! masa kecik Mak Aji, arwah mak buat sendiri kerepek ubi, di poting, jemur, goreng dan sira. kami 7 beradik menunggu aje kat dapur. dapat signal drp mak, kami buat kelongsong drp surat khabar, beratur tepi kuali tunggu utk mak isikan kerepak panas2, he he!!

      Delete
  4. oh my..besar betul ubi nya..gemok-gemok...tengok gamba mak aji ni terus mak sy mintak cari ubi kayu..dio nok rebus cicoh dgn sambal bilis...yum yum...rambutan kuning mmg sy suka! teringat kecik-kecik panjat pokok rambutan..mkn kat atas pokok! heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. memang gemuk2 ubinya, ingatkan keras bila gemuk, rupa-rupanya x, elok aja. wah, dah kecur air liur mak Nadia ya, he he, apa lagi musim hujan ni, raso nak make ajo. boleh tahan lasak ya, Mak Aji pun pernah buat perangai mcm tu, atas pokok jambu batu kat belakang rumah, he he! siap pijak bumbung dapur lagi nak petik buahnya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...