About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 19 November 2012

Rindukan Pokokku!

As-salam.

Mak Aji bertolak ke kampung pada hari Khamis lepas dengan memandu kereta sendiri bertemankan Along serta dua anaknya, Naufal dan Imran. Pak Aji sudah pun berada di kampung (memandu keretanya) kerana menghadiri daurah ('kursus' pendek) seminggu di rumah gurunya. Sampai sahaja sekitar Raub, teringat pula pokok -pokok yang ditinggalkan di rumah - harap-haraplah hujan sehingga Mak Aji balik - anak-anak bujang bukannya boleh diharapkan sangat untuk menyiram pokok! Alasan yang biasa - terlupalah! Jangan ada yang menyembah bumi sudah.

Sesampai kami balik ke rumah (kali ini Pak Aji yang memandu dan keretanya dipandu pulang oleh kawannya) pokok dahulu yang diperiksa! Yang paling takut mati, yang belum dipindahkan ke tanah dan masih berasa di dalam polibeg - alhamdulillah semuanya walafiat seperti berikut:

Salah satu pokok kesum yang ditanam di pasu.
Pokok sirih segar bugar - persiapan awal untuk anak-anak bujang kiranya mahu Mak Aji pinangkan anak dara orang, he he!!
Pokok lidah jin pun segar setelah dipindah ke pasu.



11 comments:

  1. salam Mak Aji.. alhamdulillah semua ok...bila dah bertanam dan kena ke mana-mana memang risau tinggalkan pokok2.. gebu pokok kesom tu..yang saya tanam 2-3 helai je daunnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      anak Mak Aji cakap, 'oh, anak x sebut rindu, sebut rindu pokok ya'! he he! Kesum ada 3 tempat, 2 di pasu dan satu di tanah. Alhamdulillah subur semuanya.

      Delete
  2. Alhamdulillah semua selamat...haha sama lah kita bila nak kemana2 serabut fikir sapa nak tolong siramkan pokok...
    lidah jin rupanya nama pokok tu..jiran sy tanam dlm pasu bulat rendah..then letak atas para pagar..nampak kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia org yg bertanam, sayang nak tinggal rumah sbb takut pokok mati! Mak Aji dah ada yg daunnya hijau putih, yang ini baru beli, yang hijau dengan belang kuning.

      Delete
  3. salam makji..jauh berjalan pun masih rindukan pokok2 yer....alhamdulillah anak2 bujang yg nak guna pokok sirih tuh nanti boleh diharapkan lah jugak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      he he, betul tu. kalau bela ayam itik, x boleh tinggal rumah takut tiada yg nak beri makan. kali ni nasib baik tiap hari hujan sbb anak bujang yg nak pakai sirih nanti kureng boleh harap. Boleh harap nak guna sirih adalah.

      Delete
  4. Saya pun macam tu jgk mak aji.klu ke mna mana mesti duk ingat kat pokok2 yang ada kt rumah ja. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hitomi,

      he he, dilema yang semua kita hadapi, x nak lekang dr rumah, pokok punya pasal!

      Delete
  5. hehehe.....terubat juga rindu mak aji ke pokok2 mak aji bila balik rumah. Mereka pun masing2 pandai jaga diri. tau tuan dia tak da rumah lama....hehe.

    geram saya tengok kesum mak aji....subur dan lebat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Nak teringat anak kecik, xde anak kecik, teringat pokoklah! sehari dua pandailah mrk jaga diri, kalau dah byk hari, entahlah!

      Alhamdulillah kesum lebat. sesuai sangat dgn tuan yg suka makan asam rebus.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...