About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 22 November 2012

Pisang Berbuah Lagi

As-salam.

Pagi ini Pak Aji tunjukkan pokok pisang belakang rumah yang berbuah lagi. Sebenarnya sekarang ada lima pokok besar yang menunggu untuk berbuah dan ini yang pertama berbuah. Selebihnya anak-anak pokok yang bakal dipindahkan ke sudut hujung depan rumah. Ini kerana tempat pokok pisang sekarang bakal diganti dengan projek lain - entah apalah nanti rancangan Pak Aji.

Kumpulan pokok pisang ini cukup tinggi melepasi bumbung rumah, jadi untuk mengambil foto terpaksalah mendongak dan zoom kamera. Yang menariknya bunga pisang boleh tahan juga cantiknya. Saksikan:

Saiz jantung pisangnya boleh tahan besar!
Ini tandannya lagi.
Ini bunganya, cantik kan!



4 comments:

  1. subhanallah,cantiknya bunga pisang ni. Ni pisang apa ya mak aji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Tulah dia, x sangka pula boleh cantik, kan. Pisang abu ni, sedap utk buat pisang goreng, pengat atau rebus aja. Buat pisang sira juga sedap.

      Delete
  2. salam makji....jantung pisang tuh elok jugak tuh dibuat ulam cicah budu sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      betul tu, kalau buat ulam cicah budu, x celur pun xpa, mentah gitu pun ok, rangup! kalau buat kerabu pun sedap juga, kan!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...