As-salam.
Sepanjang Mak Aji tidak bersiaran pokok mulberi banyak menghadiahi Mak Aji buahnya. Ada yang sehingga lebih 200gm sekali tuai! Cukup teruja Mak Aji. Kebetulan pula Mak Aji mahu membuat kek cawan. Kakak sulung Mak Aji ada di rumah ketika itu dan dia mencadangkan Mak Aji masukkan sekali buah mulberi segar ke dalam kek cawan - tentu sedap, katanya! Maka Mak Aji pun menghasilkan kek cawan mulberi berikut:
Kek cawan mulberi yang alhamdulillah cukup sedap sekali! |
Mak Aji bukan sahaja meletak buah sebagai fillingnya, malah sebagai toppingnya juga! Resepi yang digunakan hanyalah resepi kek cawan biasa sahaja, cuma ditambah sahaja mulberinya. Rasa masam manisnya cukup sedap sekali! Cubalah ya!
Kalau mahukan resepinya, sila baca di bawah:
250gm mentega
250gm tepung
200gm gula kaster
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Cara-caranya:
Pukul mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan telur sebiji-biji diselang-seli dengan tepung sehingga habis. Tuangkan esen vanila. Masukkan buah mulberi dan kaup balikkan. Sudukan sedikit adunan ke dalam cawan kertas dan masukkan sedikit buah mulberi. Tambah adunan lagi hingga 3/4 cawan. Letakkan lagi buah mulberi sebagai toppingnya.
Bakar dengan suhu 170 darjah selama 20 minit (bergantung pada ketuhar anda).
Selamat mencuba!
sedapnyaaa
ReplyDeleteSalam Inani,
DeleteAlhamdulillah memang sedap! Lagi sedap sebab mulberi segar dari laman!
Alhamdulillah... mulberri petik hasil dari yg ditanam sendiri
ReplyDeleteCupcakenya bancuh sendiri. Makan pun puas hati..
Salam Kakzakie,
DeleteMemang betul tu! Senyum puas!! :)
Assalammualaikum Mak Aji.
ReplyDeleteTerimakasih kongsi resepi.Dah copy.
mewah nya buah mulberri..harap2 pokok saya pun akan berbuah sebanyak ini.
Salam Puteri,
DeleteAlhamdulillah ketika itu bauhnya memang banyak. Sekarang dah dipangkas dan Mak Aji menunggu buah yang insya-Allah bakal keluar nanti. Insya-Allah semoga pokok mulberi Puteri juga berbuah selebat pokok Mak Aji!
Assalam Mak Aji... saya pun nak pangkas mulberi kat sini... meriah dengan daun je..
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mar,
DeletePada awalnya berasa sayang nak pangkas pokoknya tetapi apabila lagi kerap dipangkas makin galak dia berbuah, maka itu yang Mak Aji buat. Dah nak habis buahnya, maka kerja memangkas bermula. Alhamdulillah banyak buahnya!
Rupanya pun cantik.rasanya tentu lah sedapkan...masam manis.
ReplyDeleteSalam Bunda,
DeleteBetul tu, alhamdulillah sedap. Anak sulung saya tunggu masa nak besalin anak ketiganya pada 16hb. April nanti. Bila dah ternampak kek cawan ni, terpaksalah saya layan buatkan untuk dia sebelum bersalin nanti!
Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-
ReplyDeleteRerama hijau
Stevia
Halia bara
Lempoyang
Turi
Ulam raja
Sambung nyawa
Tenggek burung
Belalai gajah
Turi
Pokok2 buah
DAN BANYAK LAGI
lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral )
Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
0123106846 -Faizal @
0122440099 -Azizi
POKERVVIP Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Agen Poker Pkv
Berita blogspot terkini
Berita Terkini
Game Online
Lapak Poker Online Terbaik
Bandar Poker PKv
bandar poker
Agen Poker Online Terpercaya
Bandar Poker Pkv
Agen poker online
<a