About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 30 December 2014

Ceria dalam Suram

As-salam.

Satu Malaya bersedih dengan pelbagai musibah yang bertimpa-timpa sejak kebelakangan ini. Mak Aji sentiasa mengikuti perkembangan terutamanya di laman-laman sosial - TV kurang boleh diharapkan sebab memang jelas negeri kelahiran Mak Aji dianaktirikan dan kurang mendapat liputan di media arus perdana (walaupun mangsa banjir terbanyak datangnya dari Kelantan!). 

Hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui apa hikmah yang tersembunyi di sebalik segala musibah ini. Moga kita semua beroleh pengajaran daripada musibah ini dan kembali kepada-Nya - kalau kita selama ini agak leka dan alpa, marilah kita segera perbaiki hubungan kita dengan-Nya!

Walaupun berat serta luluh hati melihat penderitaan mangsa, kita masih perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. Dalam kesuraman suasana, di laman Mak Aji ada sahaja bunga yang kembang yang mampu menghibur hati:


Dalam musim hujan serta daun-daunnya yang dimakan serangga, bunganya masih mampu
menceriakan!
Indah kudupmu!
Terang benderang memeriahkan suasana.
Daunnya juga berpenyakit, namun pokoknya mampu berbunga lagi.
Indahnya kemboja kuning.
Merahnya gincu mak ngah!
Segugus hydrangeas yang akan kembang.
Segugus lagi.
Bunga kucai yang indah permai.
Kemboja yang disemai keratannya untuk kawan sudah berbunga!
Bunga raya pic berbatik.
Ruellia yang manis.
Bunga kembang pukul 4.
Bunga raya merah.
Kemboja pink dan kuning!
Yang baru luruh juga tidak kurang cantiknya.

Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul - Doa kami titipkan untuk mangsa banjir Disember 2014. Allah sentiasa bersama-sama kita.




21 comments:

  1. Sesungguhnya ada yg lupa sebagai ketua keadilan sangat dituntut. Walau dianak-tirikan tapi rakyatkan cekal, pemimpinnya tawadhuk termasuk sultannya. Berbangga rakyat disana. Mereka yg tinggi imannya semakin tinggi ujiannya MakAji. Kita doakan moga ada hikmah terbaik dari semua ujian yg melanda ini.

    Bunga-bunga penyeri cantik-cantik semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Setuju sangat dengan Kakzakie, sesungguhnya tanggungjawab sebagai pemimpin cukup berat untuk dipikul. Alhamdulillah kami cukup berbangga dengan sultan kami! Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan apa hikmah di sebalik ujian berat ini!

      Delete
  2. Ruellia ...cantik sangat Mak Aji...

    saya pun masih takde mood nak berblog dek banjir di Kelantan...sangat2 terasa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Memang cantik Kam, cuma sekejap saja kembangnya. Kita semua memang terkesan dek musibah ini. Kampung Kam terjejas ke??

      Delete
  3. Amboi cantiknya bunga-bunga mak aji. Nurul nak kena lebih gigih ni nak mencantikkan laman macam Mak Aji punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,

      Alhamdulillah itulah antara bunga-bunga yang kembang menyeri laman hari ini. Jom kita!!

      Delete
  4. Assalam, ceria sungguh bunga2 dilaman mak aji, singgah kejap nak ucapkan, SELAMAT TAHUN BAHARU 2015...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Bunda,

      Selamat tahun baru 2015 juga khusus untuk Bunda! Moga tahun baru ini menjanjikan yang lebih baik untuk kita dalam segala segi, insya-Allah!

      Delete
  5. lebih ceria dari biasaa...ka ceria luar biasa..indah ciptaanNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Dua2 juga boleh, he he, janji ceria! Allah menunjukkan Kebesaran-Nya melalui hasil ciptaan-Nya, agar kita menjadi insan yang lebih bersyukur, amin!!

      Delete
  6. MasyaAllah...cantik-cantik bunganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Alhamdulillah syukur atas Ciptaan-Nya sebagai sebahagian nikmat-Nya untuk kita syukuri!

      Delete
  7. Assalam Mak Aji.. disaat-saat ditimpa musibah ada juga penyeri hidup kita... cantik -cantik bunga Mak Aji
    .bsemoga negeri Kelantan pulih semula... alhamdulillah saudara mara arwah suami yang ada di Tanah Merah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Itulah dia, dalam suasana suram dek terbayangkan mereka yang menjadi mangsa banjir, ada pula yang menceriakan suasana. By the time Mak Aji jawab ni, dah masuk gelombang ke-3 banjirnya. Alhamdulillah keluarga arwah OK. Nasib abang ipar Mak Aji agak kurang baik, seluruh rumahnya hanyut dibawa arus deras. Yang tinggal cuma tangga batu. Pun katanya tidak boleh masuk ke kawasan rumah tersebut kerana lumpur yang 2 kaki dalamnya! Sekarang menumpang di rumah anaknya.

      Delete
  8. Assalammualaikum Mak Aji.
    Selamat menyambut tahun baru 2015 dengan azam baru dan koleksi bunga2 baru..semoga halaman rumah tetap meriah dan ceria meski ada suasana suram dipersekitaran yg.tak terduga.Sabarlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puteri,

      Selamat tahun baru 2015 juga khusus buat Puteri! Moga kita semua mampu bersabar dengan segala apa yang Allah turunkan kepada kita. Diharap itu semua mampu menghapus segala dosa, juga mengangkat darjat kita di sisi-Nya, amin!

      Delete
  9. emmm, cantiknya bunga2 tu...keindahan alam utk mereka yg tahu menghargainya..

    ReplyDelete
  10. Salam kenal, mmg sedih dgn bencana yang menimpa negara kita, sama2 kita berdoa untuk mereka...anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga untuk Rose Azadir,

      Insya-Allah akan Mak Aji singgah.

      Delete
  11. A thousand apologies. I wish I could reply to this comment, but I cannot do so as I do not understand Chinese!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...