About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 3 December 2014

Bakal Kupetik Epal Sendiri

As-salam.

Semalam Mak Aji menerima kejutan apabila meninjau pokok epal bidara - sudah berbunga pokoknya walau hanya beberapa kuntum - alhamdulillah!! Insya-Allah kalau bunganya menjadi buah dan cukup matangnya, maka Mak Aji akan bakal menuai epal sendiri!!

Cantiknya bunga epalku!!
Bunga epal yang sudah kembang dan bakal kembang.
Ini pokoknya, di pasu cuma!

Mak Aji suka, suka, suka!!!

Catatan: Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh ke sini:

http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/12/khasiat-bidara.html  atau ke sini
http://hush-itsmylife.blogspot.com/2011/11/buah-bidara.html


14 comments:

  1. Replies
    1. Salam Rose,

      Angan2 je lebih ni, he he! Rose ada tanam, kan?! Orang kata buahnya kecil aje ya??

      Delete
  2. wah dulu sy terpegun dengan anggur..skang epal pula....terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Alahai Nadia, anggur pun haluih-haluih je, masam pulak tu (kalau musim panas je ada rasa sikit manis) epal pun jangan sebesar ibu jari sudah, he he! :)

      Delete
  3. saya pun tumpang suka mak aji..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Harap melekatlah buahnya. Nak tengok sebesar mana buahnya nanti sebab ada yang kata sebesar ibu jari, ada yang kata sebesar epal hijau, entahlah! Kita tunggu aje ya!

      Delete
  4. salams mak aji...excitednya nak tgk buahnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AMIIZAA,

      Mak Aji pun tak sabar melihat buahnya!

      Delete
  5. Bestnya MakAji... pokok pun tak besar mana tapi dah keluarkan hasil
    Mestilah suka kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Mak Aji jenguk lagi hari ni, rupa-rupanya banyak bunganya. Kalau lekat semua bunganya nescaya banyaklah buahnya insya-Allah! Memang suka!

      Delete
  6. Salam Mak Aji...wah, tak sangka ya..kecik2 pun dab berbuah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mala,

      Itulah dia, tak sangka pokok yang tak sebesar mana boleh pula berbuah dia. Harap lekatlah buahnya nanti, insya-Allah!

      Delete
  7. salam Mak Aji, memang pandai betul mak aji bercucuk tanam.semua subur dan menjadi. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Bukanlah pandai sangat pun, banyak trial n error je, untung sabut timbul! Yang kantoi pun ada! Apapun alhamdulillah atas segala rezeki yang diperoleh berkat usaha bertanam!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...