About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 17 December 2014

Pisang Abu

As-salam.

Serumpun pokok pisang abu di tepi pagar sedang berbuah 2 tandan walaupun ada pokoknya yang sakit. Pak Aji sering membuang daun-daun yang sakit (bertukar ke warna kuning) sehinggakan setandan pokok tiada lagi daunnya - yang tinggal cuma tandan buahnya sahaja:

Tandan pertama yang tinggal tandan sahaja tanpa daunnya.
Tandan kedua - harap sempatlah matang untuk menjadi rezeki kami!
Pak Aji meninjau lagi mana-mana daun yang perlu dibuang
agar sakitnya terkawal.
Apa yang merisaukan Mak Aji - apabila kulit/kelopak jantung pisang gugur ke bumi, lekuknya itu menakung air! Apabila air bertakung, maka adalah pihak yang mengambil peluang untuk bertelur! Maka sentiasalah mengawasi laman kita agar sentiasa bebas daripada nyamuk Aedes!:


Hujan semalam yang menyebabkan air bertakung!
Cepat-cepat Mak Aji buang agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk - cukuplah sekali disapa demam Denggi!



4 comments:

  1. MasyaAllah tinggi betui pokok pisang abu mak aji ni...mcm mana nak tuai buah tu nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Memang besar dan tinggi pokoknya! Pakai tangga dan galah yang diletak pada hujumgnya gergaji. Mak Aji kerabat tangga sementara Pak Aji panjat!

      Delete
  2. Tinggi nya pokok pisang...biasa kita tgk pokok mangga yg tinggi mcm tu...ni terlebih khasiat kut kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Pokoknya memang besar. Ketika kami tanam di tepi rumah, memang jauh melepasi bumbung rumah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...