About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 5 December 2014

Alhamdulillah Akhirnya Berbunga Juga

As-salam.

Antara pokok yang paling awal di tanam selepas berpindah ke rumah sekarang ialah pokok durian belanda. Arwah ibu Mak Aji memang sukakan buah ini dan itu merupakan salah satu sebabnya yang pokok ini ditanam lebih awal, selain tentunya manfaatnya yang cukup besar dari segi kesihatan. Sekian lama kami menunggu pokoknya berbuah dan akhirnya menghasilkan buah, maka sehari dua lepas alhamdulillah apa yang kami harapkan berhasil juga! 

Walau hanya sekuntum bunganya yang keluar, Mak Aji cukup teruja dengan kemunculannya. Seorang kawan yang sedang menghidap kanser tempoh hari tercari-cari buahnya sekitar KL dan entah berhasil entah tidak pencariannya. Buah ini sekarang memang sukar diperoleh dan dari segi harganya, masya-Allah, cukup mahal!

Mari kita lihat bunga yang begitu 'mahal' harganya ini:

Bunganya nan sekuntum cuma!
Pokoknya yang agak cekeding!

Harapan agar semakin banyak bunga dan buahnya nanti yang akan kami nikmati daripada pokok nan sebatang ini, insya-Allah!!



10 comments:

  1. Maaf MakAji kalau kakak cuba beri petua. MakAji letak tanah merah yg buat jalan tu dibawah pokoknya biasa akan gemuk dan subur. Itu yg bapak kakak buat dan nampaknya bila dah mula berbuah dia tak akan berhenti. Pokok durian belanda memang macam ini nampak cekeding pun boleh berhasil. Daun dia pun berguna utk sejukkan badan org demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Tanah merah yang jenis tanah bukit tu ya? Oh gitu ke, insya-Allah akan diusahakan agar menyuburlah pokok ini! Terima kasih atas petua ini. Jazakillah khair!!

      Delete
  2. wahh..durian belanda mmg susah nak jumpa kat kelantan ni pun..feveret hubby imm ni..kalu jumpa buah kat pasar, confirm dia beli..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Imm,

      Oghe Kelate ya! Mak Aji pun, cuma dah lebih 34 bermastautin di KL. Jupo gu! Ingatkan kat kg lagi mudah jumpa berbanding KL! Ini yang kena tanam ni. Kalau tanam sendiri pun macam Mak Aji ni, jenuh tunggu baru berbunga! Rezeki masing2lah ya. Mak Aji pernag rasa jus ni yang paling sedap setakat ni - di Sidoarjo, Surabaya. Mak Aji temankan kawan ke pasar dan sambil tunggu dia siap, Mak Aji diberi jusnya. Walaupun dibungkus dalam plastik, sedap tak terkata!

      Delete
  3. Assalam Mak Aji.. daunnya direbus dan air nya tu diminum untuk kanser juga... petua kawan yang saya kenali di HUKM masa teman kan arwah suami buat bone marrow dua tahun lepas....alhamdulillah dia survive... masa sakit dia mengandung... alhamdulillah mereka survive sampai sekarang .. dpt anak kembar pulak tu... kuasa Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Terima kasih atas info tu! Masya-Allah bila itu ketentuan dan kehendak-Nya, apa-apa pun boleh berlaku, kun fayakaun!!

      Delete
  4. Assalamualaikum Mak Aji; brapa tahun baru dia buah, saya pun dok menunggu yang saya berbuah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Doc,

      Adfalah sekitar 3 tahun. Mak Aji kurang pasti berapa tahun pokok ni sepatutnya berbunga dan berbuah tetapi pokok Mak Aji ni agak liat juga rasanya. Berbuah pun sebiji aje.

      Delete
  5. Sini pun baru musim bunga durian belanda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Pokok ni pun bermusim juga ya. Harap2 berhasillah buahnya nanti ya! Insya-Allah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...