About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 7 December 2014

Ginseng Jawa

As-salam.

Kalau di laman Mak Aji ginseng Jawa menumpang tumbuh di pasu pokok-pokok lain. Seolah-olah dianaktirikan pula si dia itu. Maka apabila ginseng ini tumbuh sendiri Mak Aji biarkan sahaja dia hidup subur. Setiap kali tukang potong rumput datang Mak Aji mengingatkan dia agar pokok itu dibuarkan sahaja dan jangan dipotong. Malangnya kali terakhir rumput dipotong, Mak Aji lupa untuk mengingatkan. Maka tamatlah riwayat kelompok ginseng Jawa itu. 

Tidak lama selepas itu ginseng itu tumbuh lagi di pasu yang Mak Aji semai keratan anggur. Akibat lalai menyiram habis keratan anggur mati kekeringan dan ginseng Jawa sahaja yang menyubur. Akhirnya Mak Aji biarkan sahaja ginseng Jawa menguasai seluruh pasu. Lihatlah betapa suburnya pokoknya:

Berbahagialah kamu di sini tanpa perlu menumpang kasih lagi!
Untuk maklumat lanjut tentang khasiat dan kegunaannya, juga benih ginseng Jawa, bolehlah anda ke sini:

http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/2013/01/ginseng-jawa-akar-som-jawa.html


16 comments:

  1. Subur, daunnya tak ada cacat cela , serangga perosak tak suka agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Memang betul setakat ni pokok ni memang tiada serangan apa2 serangga perosak pun!

      Delete
  2. Assalam terima kasih sudi ke Teratak Bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikimussalam Bunda,

      Sama-sama. Nanti insya-Allah akan dikunjungi lagi sebab Mak Aji dah boh link blog Bunda kat blog list Mak Aji - mudah tengok update!

      Delete
  3. Daunnya seakan pokok jarum 7 bilah tu kan...yang berduri tu...kee bunda tersilap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bunda,

      Lain sikit bentuk daunnya. Yang ni hujungnya sedikit bulat manakala daun jarum 7 bilah tu meruncing.

      Delete
  4. Salam Mak Aji. Saya masih tercari-cari pokok ni nak tanam semula. Dulu kala berlambak kat rumah buat tak "sede" jaa..bila dah hilang barulah duk merindu-rindu pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mala,

      Kalau dok dekat-dekat boleh datang je ambil anak pokoknya kat sini. Memang gitulah perangai kita, kan! Macam adik-beradiklah, bila dekat asyik nak bercekau je, dah takde rindu pulak!

      Delete
  5. suka tgk daun yang hijau dan subur je tanaman Mak Aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Setakat ni hijau moleh daunnya tanpa cacat celanya. Tuannya juga belum pernah memanfaatkannya!

      Delete
  6. Mak Aji: Gingseng Jawa ni mengandungi kadar oxalates yang agak tinggi, jadi jika ambil dgn banyak boleh menyumbang kepada batu buah pinggang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Doc,

      Terima kasih atas makluman. Mak Aji baru tahu tu! Setakat ni belum lagilah makan daun ni.

      Delete
  7. Kalau takut kadar oxalate seperti sayur-sayur daun hijau lain yang biasa makan juga mengandungi oxalate baik masak dari makan raw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Terima kasih atas makluman. Mak Aji ni memang kurang tahu sangat dari segi itu!

      Delete
  8. MakAji mesti ambil gambar waktu pagi ni sebab ada embun lagi tu. Nampak subur betul.
    Kakak tak tahu pun tentang pokok ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Mak Aji memang biasa keluar ke laman waktu pagi sebelum matahari naik tegak - tak tahan panas takut migraine! Alhamdulillah subur dan mudah jaga, tak banyak karenah pokok ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...