About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 18 December 2014

Ladies Fingers No More

As-salam.

Semalam Pak Aji berbelanja di pasar dan dibawanya balik kacang bendi yang agak besar daripada biasa - ini bukan ladies fingers lagi, ini gentlemen fingers! Lihatkan:

Jenis bendi Arab ke ni? 

Mak Aji pernahlah dengar nama bendi singa dan bendi Arab. Pernah juga lihat bendi yang warnanya merah. Yang ini entah apa jenisnya ya??

Teringat pula Mak Aji akan benih bendi - bilalah agaknya mahu disemai benih tersebut - asyik sibuk memanjang orang bersara ni!




6 comments:

  1. Salam Mak Aji.. Hihik, mungkin ladies sekalian dan kena obesiti.. Kurang keayuannya.. Tapi maintain runcing lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,

      He he, mungkin juga ya! Kalau pada masa depan begitu trendnya, nescaya nama sayur ini perlu ditukar ke nama lainlah pulak! :)

      Delete
  2. As salam mak aji,
    rasanya ni jenis terlebih subur...montok2...hehehe...sebijik pun dah penuh kuali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      He he, montok ya, lebih kurang (cuma kurang sikit je, tapi tak runcing) montok dengan jari2 dalam foto yang memegangnya juga, hihi!

      Delete
  3. Assalamualaikum mak aji,
    Penuh pinggan bendi tu..mmg kasar physical nya...bendi merah sy pernah tanam...size lebih kurang ni lah...tp kalau sy tanam bendi yg biasa...ketot je sebesar jari kelingking..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Nadia,

      Oh bendi merah macam ni juga saiznya ya! Sikit je puas makan! Dah lama betul Mak Aji tak makan bendi tanam sendiri. Tak tersemai benih yang ada - orang pencen ni asyik sibuk entahkan apa ya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...