As-salam.
Buah mulberi mula memberikan hasilnya sejak selepas dipangkas tempoh hari. Dengan cuaca hujan sekarang cukup meriah buahnya di pokok. Berikut hasil tuaian mulberi pada hari ini.
 |
Tuaian mulberi dan seperti biasa tuain bunga telang. |
Sekitar petang tadi Pak Aji menuai pula sebiji mangga Mahathir yang masih muda. Dipetiknya terlebih dahulu sebelum gugur, seperti juga mangga cokanan yang dipetik semalam:
 |
Ini mangganya. |
 |
Berat hampir mencecah sekilo. |
Sayang sekali mangga Mahathir tidak sempat cukup matang - Pak Aji tidak sanggup mengambil risiko tidak dapat menikmati buahnya yang dkhuatiri akan gugur begitu sahaja - bertambahlah stok bahan untuk membikin mangga asam boi!
No comments:
Post a Comment