About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label kunyit hitam. Show all posts
Showing posts with label kunyit hitam. Show all posts

Friday, 2 May 2014

Tiger Orchid yang Sakit

As-salam.

Pokok tiger orchid di laman sudah agak besar, sudah beberapa tahun dibela dan sehingga hari ini masih belum menghasilkan bunga - belum rezekilah agaknya. 

Pagi ini sambil membelek-belek pokok ini Mak Aji dapati pokok ini kurang sihat - kelihatan kulat/fungus pada pucuknya:

Menakutkan - kesian orkidku!
Orkid harimau yang dikelilingi kunyit hitam. 
Padanlah kadang-kadang kelihatan batangnya togel sahaja tanpa daun - rupa-rupanya gara-gara kulat ini! Kena cari fungicidelah agaknya kut untuk mengubatinya?? Mohon nasihat kawan-lawan yang tahu akan hal ini!




Friday, 4 April 2014

Bunga Kunyit Hitam

As-salam.

Pasa suatu pagi (macam permulaan cerita pulak ya!) di laman, Mak Aji perasan akan sekuntum bunga putih yang pertama kali kembangnya. Mahu keluar bunga juga pokok ini ya! Cuba perhatikan bunganya!:

Cantik pula bunganya walaupun saiznya kecil sahaja!
Kecil sahaja bunganya di celah-celah batang kunyit hitam.
Sebenarnya kunyit hitam ini berjaya menarik minat sebilangan orang yang mahukan benihnya. Mak Aji memang banyak anak pokok ini di rumah dan setakat ini sudah ada peminat pokok ini yang datang ke rumah mengambil benihnya. Mak Aji juga diberitahu bahawa ada pihak yang menjual anak pokok ini sehingga RM50 malah RM100 sepokok! Terkejut badak Mak Aji (dalam hati ada taman - aku kaya, aku kaya!!).



Saturday, 25 February 2012

Pokok Riben Menyambut Tamu

Mak Aji melayan diri ke nurseri pada petang ini. Banyak pokok yang hendak dicari. Dalam usaha mencari  seronok pula menengok dua pokok 'riben' yang dibentuk sebegini rupa, cukup menarik sekali. Kalau diletak pada pintu masuk rumah atau di pintu pagar tentu menarik, kan!!:

Ahlan wasahlan!!
pokok 'riben' dari dekat
Mak Aji ke nurseri sebenarnya untuk mencari pasu besar lagi (setelah berusaha sekian lama), pokok roselle, pokok daunan untuk laman hadapan rumah serta beberapa beg tanah serta pasu untuk daun kesum dan sejenis ulam lain (pokok selasih ke agaknya, kurang pasti, rupanya seperti ulam raja, daun salam kut??). Ini yang dibawa balik:  

pokok roselle - siap ada bunga lagi
ulam raja - ulam kegemaranku!
pokok daunan - yang depan tu percuma, penjual tu cucuk saja!
Cuba teka bunga apa? - bunga ulam raja!!
Ini pasunya, rupanya menarik, ada lubang (kena simen lubangnya nanti), harganya RM90 (asalnya RM98), selesai bab tempayam isi air hujan, tinggal lagi hendak ditutup lubang dan diposisikan di bawah tempat air hujan turun.

Pasu besar - dibeli juga akhirnya!
Lebihan kangkung Mak Aji biarkan agar tumbuh akar dan sudah dipindahkan ke pasu. Sudah tumbuh - tidak lama lagi bolehlah dituai. Dua lagi pasu untuk daun kesum dan daun salam (betul ke?).

kangkung- baru semai
daun kesum - tanam semula
daun salam
pudina
Pokok kunyit hitam pula makin subur, sudah agak banyak pulalah, berapa banyak pasu Pak Aji hendak tanam kunyit hitam ni??

kunyit hitam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...