Mungkin ada segelintir kita yang berpendapat, mengapa perlu bersusah-susah mengotorkan tangan untuk bertanam sayur-sayuran dan buah-buahan kalau lebih mudah untuk membeli sahaja?? Memanglah mudah untuk beli sahaja, namun cuba fikirkan sejenak apa alasan-alasan yang bakal saya sebutkan di bawah ini:
- Harga semua benda makin hari makin meningkat, begitu juga sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau kita bertanam sendiri, sedikit sebanyak perbelanjaan dapur dapat dijimatkan.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada di pasar tidak mungkin lebih segar daripada yang anda petik dari kebun sendiri, nama pun 'segar dari ladang!'
- Yang tentunya (amat penting!) sayur-sayuran dan buah-buahan kita bebas daripada racun seranggan yang entah apa kesannya terhadap kesihatan kita. Walaupun tak seelok yang dibeli, namun jauh lebih berkhasiat!
- Bertanam boleh dijadikan hobi sekeluarga terutama pada hujung minggu. Aktiviti ini boleh mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
- Anak-anak kita terutama yang kecil boleh mengetahui dari mana datangnya sumber makanan mereka. Inilah dia backyard science untuk manfaat pelajaran mereka!
- Makanan yang dihasilkan sendiri menjadikan kita lebih menghargai nilai makanan, lalu tidak akan mensia-siakannya. Kita tentunya amat menghargai hasil titik peluh kita sendiri!
- Hanya mereka yang bertanam sahaja yang boleh merasakan kenikmatan dan kepuasan kerana makan hasil tanaman sendiri. Apa lagi, ayuh kita berkebun!!!
- Bertanam juga boleh memanfaatkan tanah kosong yang (walaupun sempit) kalau tidak dimanfaatkan akan tumbuh rumpai dan lalang
- Hasil tanaman kita akan menghijaukan dan menyejukkan kawasan rumah, selain mengindahkan lanskap rumah kita
- Hasil tanaman yang berlebih boleh sama ada kita sedekahkan kepada kawan-kawan atau jiran atau boleh juga dijual untuk mendapatkan wang tambahan. Kalau kurang mampu bersedekah duit, rebutlah peluang bersedekah dalam bentuk ini!
- Kita dapat makan makanan organik yang ditanam sendiri dengan harga yang cukup murah berbanding makanan organik yang mahal di pasaran!
Berikut beberapa gambar sayur-sayuran dan buah-buahan organik untuk dikongsi:
Salam Mak Aji,
ReplyDeletePokok yg Mak Aji bg rumah baru tu species orkid ke?
Salam Saodah,
ReplyDeleteMemang orkid, namanya tiger orchid sebab bunganya serta warnanya seperti belang harimau! Mak Aji pernah nampak orkid ni yang saiznya berbelas kaki tingginya dan pangkalnya agak2 tiga pemeluk, di tanam bunga di resort Bulit Tinggi (dulunya Colmar Tropicale), masa tu tengah berbunga, cukuplah cantik!