About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 22 October 2011

Bawang Putih Sebagai Penawar

Berikut terjemahan petikan daripada artikel Dr. Mercola:

Bawang putih dipercayai boleh menjadi penawar kepada lebih 150 penyakit termasuk kanser, penyakit jantung serta fungsi imuniti. 
Bawang ini juga pernah diberikan kepada hamba abdi yang membina piramid untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan mereka.
Green Med Info telah menyenaraikan 150 manfaat bagi bawang putih. Kajian menunjukkan bahawa bawang putih:
  • menghalang pengumpulan kolesterol
  • mengurangkan risiko serangan jantung dan strok
  • berkesan menentang bakteria yang kalis ubat
  • mengurangkan kerosakan hati yang cadmium-induced
  • boleh berkesan melindungi daripada kanser
Mengikut salah satu kajian yang dilinkkan dengan laman ini, bawang merah juga boleh membantu menentang tuberculosis yang kalis pelbagai ubat. 
Pada zaman dahulu, tentera Greek dan Rom makan bawang putih sebelum pergi berperang, untuk menambah kekuatan dan ketahanan. 

Terdapat 133 kajian melibatkan 153 situasi kesihatan yang bawang putih boleh membantu. Antaranya:
  • atherosclerosis
  • jangkitan pada telinga
  • MRSA
  • penyembuhan luka
  • tekanan darah tinggi
  • keracunan merkuri
  • trigliserid yang tinggi
  • strok
  • kanser
  • diabetes
  • candidiasis
  • serangan jantung
  • batu karang
  • fungsi imuniti yang rendah
  • ulcerative colitis
  • jangkitan bakteria
Jadi, bawang putih memainkan peranannya pada pelbagai tahap, menawarkan ciri antibakteria, antikulat, dan antioksidan. Kesan terapeutik datang daripada kompaun yang mengandungi sulfur seperti alisin yang juga memberikan bau pada bawang putih.
Melawan Jangkitan, Melindungi Jantung, Menghalang Kanser
Pengkaji mendapati bahawa apabila alisin dicerna oleh badan anda, ia akan menhasilkan asid sulfenik, sejenis kompaun yang mempunyai reaksi yang cepat dengan radikal bebas yang berbahaya. inilah sebabnya mengapa saya namakan bawang putih sebagai salah satu daripada tujuh makanan antipenuaan yang anda boleh makan. 

Bawang putih bukan sahaja berkesan untuk membunuh bakteria yang kebal antibiotik, termasuk MRSA, ia juga boleh menentang jangkitan kulat, virus dan parasit.

Bawang putih juga boleh merelakskan dan membesarkan saluran darah, menambah baik aliran darah, terutama sekali ke jantung anda. Ini boleh menghalang daripada berlakunya kenaikan tekanan darah, dan kejadian serangan jantung dan strok.  Bawang ini menghalang pembentukan plak pada arteri,  dan menghalang kolesterol daripada menjadi teroksidan, suatu keadaan yang boleh menyumbang kepada penyakit jantung.

Bawang putih boleh meningkatkan daya tahan anda daripada terkena sekurang-kurangnya lima jenis kanser: payudara, usus besar, ovari, prostat, dan esophagus. Satu kajian mendapati bahawa lebih kerap anda makan sayuran dari keluarga alium, terutama sekali bawang putih dan bawang biasa, lebih rendahlah risiko mendapat kanser. 

Alisin dalam bawang putih boleh membantu menurunkan berat badan pada tikus yang diberikan makanan yang tinggi fruktos (yang dijamin akan meningkatkan berat badan). Tikus yang diberi makan fruktos meningkat berat badannya manakala tikus yang diberi alisin tidak dan ada pula yang turun berat badannya. 

Cara Terbaik untuk Makan Bawang Putih 
Lebih baik makan mentah daripada makan dalam bentuk suplemen. Biasanya bawang putih dilenyek atau dicincang untuk merangsang proses menukarkan alisin ke dalam bentuk alisin yang bermanfaat. Sebaik sahaja bawang dipotong, kompaun aktifnya akan hilang manfaatnya dengan cepat kira-kira sejam selepas itu. 

Jadi, lebih baik makan begitu sahaja, dipotong, dilenyek atau diketuk, tunggu beberapa minit dan makan. Jika anda menggunakan versi yang dibotolkan, berbentuk serbuk atau yang dikeringkan, anda tidak akan mendapat manfaat seperti daripada bawang putih yang segar. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...