Jika taman anda kecil, anda boleh bertanam dalam pasu atau bekas lain untuk memaksimumkan ruang. Begitu juga jika laman anda kecil dan keseluruhannya dipasang jubin. Untuk melembutkan suasana 'keras' itu, anda mesti melembutkannya dengan tanaman, dan dalam hal ini, tentunya menggunakan pasu. Berikut manfaat bertanam dalam pasu:
1. Mudah Alih. Ada ketikanya kita ingin bertukar 'angin' dengan mengubah-ubah suasana di taman kita. Dengan tumbuhan dalam pasu, kita boleh dengan mudah mengubah suasana. Jika kita berpindah rumah, taman kita pun boleh ikut pindah!
2. Fokus. Tanaman dalam pasu dan pasunya sendiri boleh mencetus minat. Jika pasu dikelompokkan dalam satu kumpulan di tempat yang strategik, ia mampu memecahkan kebosanan di balkoni dan mencipta suasana yang mendamaikan. Ciptakan taman bertema mudah menggunakan satu warna atau satu idea. Koleksi bunga berwarna kuning dan biru boleh mencipta suasana yang menceriakan. Pokok yang sesuai juga boleh kelihatan ringkas dan anggun.
|
ringkas dan anggun |
3. Ciptakan pizzazz, yakni suasana yang terang dan ceria. Kelompokkan beberapa jenis bunga yang terang warnanya dalam kalangan yang warnanya lebih pudar dalam taman anda agar taman anda lebih ceria. Untuk memastikan bunga anda sihat: siram apabila tanahnya kering, buang bunga yang layu dan bajalah seminggu sekali.
|
kombinasi yang cukup menarik |
4. Menghalang Tumbuhan Tertentu. Ada tumbuhan yang lebih baik ditanam di dalam pasu seperti pelbagai jenis pudina. Sesudah itu baru ditanam pasu itu di atas tanah dengan bibir pasu sama tinggi dengan paras tanah.
5. Mencipta Suasana. Pasu mampu menjadi set yang cantik ruang di luar rumah. Susunan pelbagai jenis pasu dengan pelbagai tumbuhan mampu mencipta suasana damai yang diinginkan.
|
pelbagai jenis keladi dalam satu pasu |
|
bunga dlm pasu di pintu hadapan menggamit tetamu dan tentunya utk menyambut kita pulang setelah penat bekerja! |
|
gabungan pelbagai bunga menghiasi tingkap |
|
menarik sekali |
|
pokok rama-rama |
|
warna yang mendamaikan |
|
mari kita cuba kombinasi ini |
|
topiari yang cantik dengan bunga ros |
|
menarik bukan?? |
Semoga paparan ini mampu memberi inspirasi untuk kita sama-sama mencubanya! Siapa kata tak boleh bertanam dalam pasu??
Kt mn boleh sy beli pokok rama2 tu? Sy punye da mati....pleasseeee...
ReplyDeleteSalam Azwin,
DeleteMak Aji pun dah mati pokok ni, agak manja sikit kalau lambat atau terlupa siram. Azwin cuba cari kat nurseri di Sungai Buloh, dekat kawasan hospital kusta tu. Kalau tak salah Mak Aji dulu Mak Aji beli kat situ.