About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label ubi kayu. Show all posts
Showing posts with label ubi kayu. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

Ubi Kayu Saiz XXL

As-salam.

Beberapa hari lepas jiran sebelah rumah menghulur buah tangan yang terdiri daripada beberapa jenis ulam-ulaman dan juga dua ketul besar ubi kayu. Saiz ubi kayu cukup besar, malah lebih besar daripada yang Pak Aji pernah gali dari laman rumah kami dahulu (di sini). Cuba lihat saiznya berbanding sudu besar (ingat, bukan sudu kecil ya!!):

Ubi kayu besar yang isinya kuning!
Alhamdulillah syukur akan pemberian, Mak Aji doakan agar akan murah lagi rezekinya! Kami cuma makan yang ketul kecil sahaja manakala yang ketul besar kami perpanjangkan pula kepada sekeluarga lain yang ramai anaknya - semoga bertambah pahala pemberian jiran sebelah!



Thursday, 8 November 2012

Rezeki Musim Hujan

As-salam.

Sekarang musim hujan dan sebagai orang yang dibesarkan di Kelantan, Mak Aji teringat-ingat makanan yang sering ada di musim hujan - ubi kayu rebus dan dicicah kelapa parut dan gula, nasi panas-panas dengan ikan budu (ikan pekasam), ikan sardin, telur masin, belalang goreng, burung goreng, .....

Itulah makanan kami terutama sekali apabila sudah berlaku banjir - tiada ikan segar kecuali ikan sungai (nelayan tidak ke laut kerana ombak besar).

Tengah hari semalam Pak Aji memetik pucuk ubi dan menggali ubi kayu. Agak banyak yang diperoleh - ubi yang paling gemuk yang Mak Aji pernah lihat:

Ubi kayu yang siap dikopek dan dibersihkan. Lihatlah saiznya berbanding pisau chopper!
Bahagian untuk tuan punya untuk dibuat bingka.
Pak Aji mengerjakan ubi kayu.
Kopek jangan tak kopek!
Jenuh juga nak menghabiskan kerja ini.

Memandangkan kami bertiga sahaja di rumah, maka selebihnya dikongsi dengan sebuah keluarga mualaf berbangsa India yang agak rapat dengan keluarga kami. Keluarga mereka agak susah dengan bilangan anak yang ramai. Agaknya pagi ini mereka kenduri ubi kayulah ya! 

Mak Aji pula mencuba untuk pertama kalinya, bingka ubi kayu yang resepinya mudah sahaja. Alhamdulillah menjadi, cuma tidaklah semanis yang arwah emak Mak Aji biasa buat. 


Bingka ubi kayu.
Bingka siap untuk dimakan!
Alhamdulillah sedap!! Jom makan!

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, dapatlah pula dikongsi dengan orang lain.

Sebenarnya pada mulanya ubi kayu ditawarkan kepada jiran sebelah tetapi dia tidak mahu kerana katanya tiada orang yang akan masak (isteri out-station agaknya). Yang bagusnya buah rambutannya sedang masak, maka ditawarkan kepada kami buah rambutannya! Sebenarnya Mak Aji sudah mengintai buah rambutannya, sudah disebut pada Pak Aji - bilalah agaknya boleh merasa rambutan itu!! he he, rupa-rupanya rezeki dapat semalam!!

Rambutan pemberian jiran sebelah! Anak sekolah ke?? Cuma kurang lekang tetapi cukup manis! Alhamdulillah!



Sunday, 25 March 2012

Gali Ubi Kayu

Petang semalam Pak Aji serta anak dan anak buahnya menggali sebatang pokok ubi kayu di tepi pagar. "Sudah lama tidak digali," katanya. Ini hasil yang diperoleh:




Ini hasil daripada sebatang pokok ubi kayu.
Ini pula ubi yang direbus setelah berbagi dengan anak buah untuk dibawanya pulang. Kami menikmati ubi rebus ini dengan kelapa parut dan dicicah dengan gula untuk sarapan:

Dapat seperiuk besar
Enak sekali dimakan semasa panas-panas!!
Pucuknya Mak Aji kutip untuk dicelur sebagai ulam dengan temannya, budu. Batang ubi dipotong-potong dan dicucuk ke tanah supaya bakal mendatangkan hasil lagi pada masa hadapan, insya-Allah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...