About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 8 October 2013

Pokok Tanduk Rusa

As-salam.

Mak Aji pernah ada beberapa pokok tanduk rusa tetapi sekarang hanya satu sahaja yang tinggal. Mak Aji pernah berkunjung ke rumah kawan di kawasan perumahan tempat Mak Aji tinggal sebelum ini dan di porchnya terdapat sepokok tanduk rusa yang berjuntai dari atas porch hingga mencecah ke tanah! Insya-Allah bila ada kesempatan akan Mak Aji kongsikan dengan anda sekalian!

Berikut pokok tanduk rusa Mak Aji yang tidaklah sampai mencecah lantai, cuma tinggal beberapa kaki lagi ya!


Tanduk rusa.
Kata kawan Mak Aji, jika bahagian atasnya (yang melengkung itu) besar dan subur, bahagian bawahnya yang berjuntai akan pendek sahaja. Sebaliknya jika bahagian atasnya kecil, bahagian yang berjuntainya pula yang panjang! Mak Aji rasa betul pendapat dia sebab pokok Mak Aji begitulah juga sifatnya. Apa kata anda???



16 comments:

  1. So pretty, so unusual...love the way it looks hanging on the patio area...I am your newest follower of yours and look forward to hearing more about your beautiful plants....Come on over for a visit..Phyllis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Phyllis,

      Usually this plant grows in the wild, most of the time found in between branches, feeding off the tree where it is located (somewhat a parasite). Yes. will do. Tq for following me!

      Delete
  2. salam makji,
    takder pengalaman tanam tanduk rusa nie..tp pernahlah tgk kat laman orang..gantung camtuh cantik jugak kan..buat kawan lg ngan pokok pakis ker..(betul ker)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Pokok ni asalnya sepupu Pak Aji bawa dari kampung (dari Jerteh tu!) Pokok pakis tu yang menumpang tumbuh kat situ. Memandangkan pakis tu jenis yang x marah orang, x makan orang (he he), Mak Aji biarkan aja dia menumpang sama.

      Delete
  3. hihihi mak aji..sy tak tahu nak kata apa..sebab tak tahu apa-apa hihhiih...tapi apa yang mata kasar ni nampak...memang cantik jadi hiasan di tiang ni..sesuai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Kira betullah tu ya, he he! Saja sangkut kat tiang tu sebab kalau hujan turun x payah siram (pun kalau penyakit m melanda). Sebelum ni kat porch kereta, kalau lupa siram alamat keringlah sebab x kena hujan. Kita biar dia cecah lantai ya, lagi cantik, kan!

      Delete
  4. salam mak aji, tahniah nmpak subur tanduk rusa tu...tp tk pengalaman la dgn tanduk rusa ni...kalau ikut kan tanduk naik ke atas tp tanduk rusa ni turun ke bwh la plk...hehehe...
    cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Sebenarnya kan, semasa Mak Aji tanam kat rumah lama dulu, mangkuknya yang besar sampai nak sepemeluk saiznya tapi tanduknya xlah sepanjang ni, pendek aja. Nampak gaya tanduk rusa yang ni je yang menanduk ke bawah ya! (he he)

      Delete
  5. As salam Mak Aji.......dulu arwah abah saya ada tanam pokok ni kat rumah lama...tp bila pindah tak bawak plak....takot kena tanduk dgn rusa kot... hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Takut kena tanduk ya, he he! Kalau gitu Mak Aji ni kira beranilah ya!

      Delete
  6. kat rumah saya ni...yg mcm kelpak tu besar2...yg berjuntai2 tu tak la panjang sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Ha, betullah kalau gitu ya! Nanti kita siasat lanjut mengapa sesetengahnya kelopaknya besar dan juntaiannya pendek dan bila kelopaknya kecil (macam Mak Aji punya ni), juntaiannya panjang!

      Delete
  7. ini kawasan laman mak Aji ke?..subur menghijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      Ya Puteri, nilah kawasan laman rumah Mak Aji yang tak seluas manapun, sekadar cukup untuk bertanam serba sedikit, Alhamdulillah.

      Delete
  8. Dulu teringin nak tanam juga pokok ni...tapi kawan bagi tau cik ular suka tidur pd mangkuknya.. seram pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Alamak, seramlah pulak kalau cik ular suka! Ketika Mak Aji gantung kat porch dulu burung yang suka buat sarang. Dahlah susah nak siram takut basah pula sarang tu. Harap2 sebab tempat Mak Aji sangkut tu agak tinggi juga, x mahulah cik ular memanjat sampai ke atas tu, insya-Allah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...