About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 20 October 2013

Gubahan Pokok Hidup

As-salam.

Mak Aji pernah baca dalam majalah dalam talian yang mengajar kita menggubah gubahan pokok hidup dalam pasu - membuat kombinasi beberapa jenis pokok/tumbuhan pelbagai warna dalam satu pasu besar. Hasilnay cukup cantik sekali. Malang sekali memandangkan majalahnya dari luar negara, contoh pokok-pokoknya agak asing di negara kita. Walaupun begitu, kita boleh sahaja mengikut pronsip-prinsip asas yang diberikan dan kita buat menggunakan pokok/tumbuhan tempatan. Mak Aji ada jugalah buat yang agak simple seperti ini:

Ini kira gubahan paling simplelah ya!! Tutup mata pun boleh buat.
Berikut pula beberapa contoh gubahan profesionallah yang Mak Aji lihat di nurseri kegemaran Mak Aji:

Cantik, kan, cuma kalau kita buat sendiri takdelah patung segala bagai tu ya.
Yang ini juga tidak kurang cantiknta!
Berikut pula gubahan menggunakan kaktus!:


Batu-batu kecil berwarna-warni lagi! Naik sengo (seri)!!
Cantik bukan!
Apabila melihat sahaja gubahan-gubahan ini terus menyala sahaja mentol di kepala, he he! Mak Aji pun beli jugalah batu-batu kecil berwarna-warni untuk mengolah semula kaktus di rumah!



4 comments:

  1. kena kreatif jugak la ya mak aji...cantik gubahan kaktus tu...jaga pun sennag,kan...sbb ia lambat membesar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Dalam majalah online tu diberi sekali pelan untuk projek ni, apa jenis pokoknya, susun aturnya sekali agar menjadi. Tapi tulah, jenis pokoknya asing pada kita. Ya, memang senang bela kaktus ni, pun sebab lambat besar, tak makan ruang.

      Delete
  2. salam makji,
    memang cantik bila dibuat gubahan menggunakan kombinasi yang betul kan..janji pasu yg digunakan tuh cukup saiznya tuk tanam bbrp pokoksekali kan...yg kaktus tuh mmg cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang cantik serta kreatif mereka ni, maklumlah nak kecek duit kita! Apapun Mak Aji beli juga batu kecil tu barang sesumpit kecil dan godak2 pokok kaktus biar cantik sikit macam ni!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...