About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 19 October 2013

Iris Bagaikan Kembar Orkid

As-salam.

Anak pokok iris kuning yang diberi oleh bapa saudara Mak Aji tempoh hari sudah mula mengeluarkan bunga pertamanya. Sekali pandang kelihatan seperti bunga orkid pula. Lihatlah:

Bagaikan orkid rupanya!
Pokok bunga iris kuning.

15 comments:

  1. saya pernah terbaca artikel ttg pokok haba neraka.. bunganya kelihatan sama seperti ini. tapi saya tak pasti sama atau tidak. cuba google.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Shafirul,

      Wah sikit punya dahsyat nama pokok, haba neraka! Betullah, setelah meng-Google, memang sama pokok dan bunganya! Terima kasih atas info tersebut!

      Delete
  2. Replies
    1. Salam Rose,

      Warna kuningnya serta rupanya (sikitlah) macam orkid golden shower tu.

      Delete
  3. Assalam Mak Aji...yellow Walking iris ..dah berbunga ye... saya punya masih ketot lagi...sulur tu boleh semai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Oh itu nama penuhnya ya, terima kasih Mar! Mak Aji dapat pokok ni pun yang sudah besar dah. Sulur/batang bunganya tu ya?!

      Delete
    2. Mak Aji cer tengok blog Dunia CMelor...ada ditunjukkan rupa sulur tu... yang semai tu dah menjadi pokok... tak dapat tunjuk dengan Mak Aji...

      Delete
  4. salam makji,
    betullah memang sebiji gitu upanya..tp pokok orkid mmg lainkan rupa dia..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang hampir nak sama rupa bunganya, cuma tengok daunnya memang sah bukan orkidlah.

      Delete
  5. Assalammualaikum mak Aji.
    dah turut semak rupa pokok haba neraka tu, eee kasiatnya buat seram..harap peminat tumbuh tumbuhan berhati2 lah ya..dari bacaan saya tadi, pokok haba neraka tu, boleh buat kandungan gugur. Pokoknya hampir sama ngan rupa iris kuning ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puteri,

      Mak Aji pun baca maklumat yang sama juga, memang seram ya! Agaknya sebab itulah namanya begitu!

      Delete
  6. salam mak aji...yelah memang betul mcm orkid kuning..apa nama tah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Rasanya rupanya sedikit macam orkid golden shower sebab warnanya agak sama, cuba bentuknya adalah beza sikit. Pun golden shower versi yang halus bergugus banyak tu, bukan yang kelopaknya saiz besar dan kurang bilangan segugusnya, wallahualam.

      Delete
  7. ini first time saya dengar pasal pokok iris ni...nampak sangat byk betul saya tak tau ttg dunia tumbuhan berbunga ni.cantik sangat ya n betul la nampak macm bunga orkid.kalau mak aji tak bgtau mmg saya sangka bunga orkid.tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Sama2. He he, Mak Aji pun baru je kenal bunga walking iris ni, walaupun anak buah sorang namanya Iris jugak. Itu yang bagus tentang perkongsiaan maklumat, masing2 dapat maklumat yang baru!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...