As-salam.
Semasa Mak Aji meninggalkan rumah untuk ke Surabaya pada 1 Januari lalu, Mak Aji terpaksa meninggalkan pokok bunga hydrangeas atau bunga Siti Zubaidah yang sedang separa kembang. Malam tadi Mak Aji sampai kembali ke rumah dan pagi-pagi lagi Mak Aji menjenguk bunganya. Apa yang Mak Aji lihat seumpama hadiah untuk diri ini!:
Subhanallah indah nian Cik Siti Zubaidah ni! (gugus pertama) |
Ini segugus lagi yang akan kembang dalam beberapa hari lagi - biru pula warnanya! (gugus kedua) |
Berikut kelopak-kelopak bunga yang ditinggalkan tempoh hari:
Ini foto yang diambil pada 1 Januari - (gugus pertama) berwarna merah jambu. |
Apa yang cukup mengujakan Mak Aji - kali pertama pokok ini berbunga, warnanya kebiruan. Kali ini pokok induk itu mengeluarkan warna merah jambu manakala pokok daripada keratan batangnya pula berbunga kebiruan!!
Berikut bunga yang pertama kali kembang (daripada pokok induknya) di laman Mak Aji:
Pokok induk yang dahulunya berbunga biru - juga masya-Allah cantik sekali! |
Apapun, bunga hydrangeas/bunga 3 bulan/bunga Siti Zubaidah ini tetap menjadi pujaan hati Mak Aji!!
Subhanallah... memang memikat mata memandang apa lagi tuan yg menanam - puas hati melihat hasilnya. Kakak tengok pun suka juga MakAji.
ReplyDeleteSalam Kakzakie,
DeleteMemang masya-Allah cantik! Suka hati melihatnya!
Cantik.. bunga tu macam guna blusher kat pipi.. ;)
ReplyDeleteSalam Aizamia3,
DeleteMemang sweet, kan, pinknya! He he, macam blusher ya!
Assalamualaikum Kak Madihah,
ReplyDeleteCantiknya bunga cik siti ni, Julie pernah tanam color biru, tapi sekarang dah tak biru dah, dah tukar color ke pink pulak hehe, ntah mcm mana nak tukar ke color biru balik?
Waalaikumussalam Julie M,
DeleteItulah juga yang berlaku pada pokok Mak Aji ni. Pertama kali berbunga, keluar biru. Kali kedua ni, pokok yang sama keluarnya pink pula! Entahlah ya macam mana nak ditukar warnanya! Kata orang warna bunga ni ditentukan oleh keasidan tanahnya. Mak Aji agak kalau lebih asid, maka pinklah dia, kalau lebih alkali, birulah dia - agak aje tau!