As-salam.
Selain di tanah, Mak Aji ada juga menyemai kesum di dalam botol plastik yang pada mulanya agak segan tetapi sekarang agak galak pula dia. Mak Aji letakkan botol plastik itu di permukaan simen di laman belakang. Ekoran pentyusunan semula kedudukan pasu, Mak Aji alihkan pasu kesum ke tempat lain dan setelah dialih, ini yang tinggal di samping tempat asal botol plastik itu:
Sekali pandang, mahu pula cik som ni tumbuh atas simen! |
Dua kali pandang, rupa-rupanya ada talian hayat ke pokok induknya!! |
Betullah kata orang tua-tua, kalau sudah ditentukan rezeki oleh Allah SWT, ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula cik som di atas simen!
Dia terkeluar jauh dari mak dia tu MakAji hihi...
ReplyDeleteKalau dah jenis tangan sejuk suka-suka aje daun kesum tu merayap..:)
Salam Kakzakie,
ReplyDeleteItulah pasal, jauh perginya tu, tapi elok je dia bersendiri, he he!