As-salam.
Pokok peria yang ditanam di polibeg dan diletakkan di bawah pergola sudah mati dek penyakit apa entah. Selepas itu tiadalah Mak Aji menanam peria setakat ini. Tempoh hari Mak Aji perasan di laman belakang ada sejenis pokok yang kelihatan seperti peria sibuk mahu memanjat pokok mangga. Ini pula bunganya yang tidak kurang menawan:
Mak Aji agak ini bunga peria. Ya, kan?! |
Rasa-rasa macam ya! |
Biarlah dia memanjat pokok mangga itu, bukannya pokok mangga itu kisah sangat, kan! Asal sahaja jangan dilemaskan pokok mangga, sudah! Pandai-pandailah menumpang ya - tahulah resmi menumpang! (jangan lebeh ya!!).
Assalamulikum,2 mmg bunga peria...sama mcm bunga peria kt rumah sy jgk..peria kg...yg buah kecik2 tu....
ReplyDeleteWaalaikumussalam D'Sya,
DeleteOh ya ke, yang ni tumbuh sendiri, Mak Aji tak tanam pun. Dibawa oleh burung agaknya. Peria katak agaknya sebab kecik, bagus sebagai penawar kencing manis kata orang!