About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 13 November 2013

Tanam Bawang dalam Bakul

As-salam.

Kalau @na tanam bawang/daun bawang dengan cantiknya secara sederet DI SINI, pagi ini Mak Aji perasan Mak Aji 'tertanam' bawang dalam bakul di dapur!:

Elok sahaja tumbuhnya daun bawang dalam bakul!
Mak Aji pun mahu pakai botol bekas minyak masak jugalah untuk menanamnya di tanah pula (tiru @na juga!).

25 comments:

  1. hahahhaha..mak aji kaedah ni...kat umah sy banyak kali terjadi...dah beli-beli bawang simpan...tak guna...biasa masak kat umah mak..ada la sekali dua dalam seminggu memasak kat umah...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Mak Aji memang jarang kena macam ni sebab dapur sentiasa berasap. Tempoh hari agaknya beli bawang yang dah memang dah nak tumbuh sangatlah tu, he he! Tak payah guna medium tanah, udara saja dah cukup, he he!

      Delete
  2. Subur jgk tanam bawang dalam bakul ni ya Mak Aji hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      He he, itulah pasal, Mak Aji pernah tanam dulu kat pasu tapi membusuk aje dia. Kat dalam bakul ni ok pulak!

      Delete
    2. Tak boleh siram byk bawang ni mak aji....bila banjir bawang kat dlm tanah tu buruk n busuk.....cukop bg moist je permukaaan tanah tuh,,,,.:)

      Delete
    3. Itulah Lynna, kes terlebih rajin siramlah gamaknya tu! Reput terus kawan.

      Delete
  3. hehe...saya pun dah lama amalkan indoor garden ni.....tp pengakhiran cerita habis dekat dalam tong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      He he, indoor garden, kita pun ada jugak, kan, he he! Sebelum berpindah ke tong sampah nampak gaya kenalah Mak Aji pindahkan ke pasu dulu ya!

      Delete
  4. saya pulak bila beli bawang,kupas semuanya terus,masukkan dlm tupperware..boh dlm peti sejuk...jgn basuh nanti busuk...nak guna baru basuh..(ni jenis org pemalas,buat mcm ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Bukan pemalaslah macam tu, memang rajinlah kalau gitu! Mak Aji kupas bawang runcit2, nak pakai barulah terkial2 kupas. Itu yang kalau beli bawang merah sengaja cari yang saiz gedabak2 supaya mudah kupas.

      Delete
  5. Salam Mak Aji, tak perlu tanah dah bleh tuai bawang ni.. magic.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis,

      He he, Mak Aji kan suka magic, :)!

      Delete
  6. salam makji,
    jeles tengok bawang makji nie bercambah dalam bakul..tak payah susah2 nak cari tanah..cuba tunggu daun panjang sikit, boleh potong buat daun sup kalu..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      He he, cara ni jimat tanah, tak payah susah2 mencangkul isi dalam pasu! Sayang tempohnya kejap je, tak nanti selamatlah dia sampai ke tong sampah.

      Delete
  7. salam mak aji, hahaha....purely indoor nmpk nye ni...idea kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Ter'indoor' dan terkreatif, ha ha!

      Delete
  8. nampak cantik pula macam ni mak aji. Bekas tu pun unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      He he, cantik yang tak sengaja. Bekas tu diperbuat drp rotan, 3 tingkat, beli lat Kota Bharu.

      Delete
  9. eh...bawang sy pun dah jd camni gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Nampak gaya kita penanam bawang/daun bawang tanpa tanah yang berjaya!

      Delete
  10. Assalam Mak Aji... bagi org yg masak sekali sekala gitulah adanya bak kata wani dari blog maharani kecil dia adalah petani esbox yg berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana pun ingat kebun mini wani dalam esbox.

      Delete
    2. Salam Mar, Diana,

      Lebih kurang Wani jugalah tu!

      Delete
  11. Daun bawang ni saya tak makan... so kalau tanam habis busuk jer.. dulu pernah tanam bawang merah kecik tu.. sampai daun dia sume dah busuk.. buat tak tahu jer.. satu hari cam rajin sikit, gemburkan semula tanah tu konon-konon nak tanam pokok lain, rupa-rupanya bawang tu dah beranak pinak... ada dalam 5-4 biji bawang merah kecik-kecik dalam tu.. Subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mazatul,

      Bawang tu 'dormant'/semacam tidurlah tu, bangkit aje beranak-pinak dia!
      Mak Aji pernah jumpa seorang bekas pembantu rumah Indonesia yang bertahun kerja kat Malaysia dan sudah kembali ke kampung. Dengan duit yang dia simpan dia usahakan tanaman bawang merah di Surabaya, cukup berjaya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...