About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 13 November 2013

Perihal Ciliku

As-salam.

Mak Aji ada beberapa jenis cili yang ditanam di laman. Ada cili api kampung yang pedas menyengat - biasa dibubuh dalam budu. Selain itu, ada cili ungu dan cili kuning hijau yang kurang pedas - alternatif jika malas mahu pergi jauh-jauh untuk petik cili api kampung. Cili kapsikum belum disemai-semai setakat ini. Nampak gaya itu perlu dikerjakan pula. Juga teringin untuk mencuba cili besar sebab belum pernah cuba lagi. 



Cili ungu yang besar punya!
Cili kuning hijau - pun kurang pedas.
Kalau tidak silap ini cili api panjang kuning (putih).
Ini cili api kampung (back-up plan - takut keputusan cili api, he he!) 


8 comments:

  1. banyak tu cili2..menjadi semuanya...tenang je tengok laman mak aji..redup betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Kami memang tak boleh putus cili sebab suka makan pedas. Hujan2 sekarang ni lagi seronok main kat laman, cuma tak boleh pagi2 sangat, nanti menjamu nyamuk pulak!

      Delete
  2. salam makji,
    sungguh saya belum pernah melihat mahupun makan cili ungu begitu...rasanya seperti cili biasa yang pedas yer..cili elok tanam banyak2 pokok kan..kalau 1 mati at least ade gak back up lagi...actually ade 1 pokok cili sy br mati..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Oh, tak pernah tengok eh. Pedasnya kurang berbanding cili api kampung tu. Kalau sesak2 putus cili api bolehlah sebagai alternatif. Mak Aji suka boh dalam salad atau tumis sayur sebab warnanya cantik sikit! Life span cili tak lama sangat, kan, jadi nak kena ada back-up agar sentiasa ada je.

      Delete
  3. bestnya cili ungu...xperasan termakan bahaya..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Muka petak petak,

      Takpa kut sebab taklah pedas sangat, harap cantik warnanya, tak 'garang' pun!

      Delete
  4. Cantik cantik cili Mak Aji. Saya pun suka tanam cili sebab kalau nak yg segar terus boleh ambil.

    ReplyDelete
  5. Salam Tiny Garden,

    Alhamdulillah setakat ini kami jarang beli cili, kecuali cili besar dan capsicum sahaja. Cili api sedia untuk dipetik sahaja, bagus, kan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...