About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 9 November 2013

Demi Awin dan Kucai, Hujan Kuredah Jua

As-salam.

Beberapa hari Awin dari blog Petak Hijau ada membuat GA berupa pokok kucai. Memandangkan rumah Awin tidaklah jauh sangat dari rumah Mak Aji (setelah 'bertanya' kepada Waze), maka Mak Aji main redah sahaja ke rumah Awin tanpa memaklumkan terlebih dahulu (pun sebab terlupa mengambil nombor telefonnya). Mak Aji tawakal sahaja, kalau Awin tiada, Mak Aji tinggalkan sahaja sedikit hadiah yang berupa benih pokok di pintu pagarnya!

Dalam perjalanan ke rumahnya, lalu-lintas mula sesak apabila kami (Mak Aji bersama-sama dua menantu perempuan Mak Aji) hampir ke persimpangan untuk masuk ke tol mengarah ke NKVE. Waze terus memberi jalan alternatif yang lebih jauh tetapi jauh lebih cepat. Rupa-rupanya ramai kenderaan bersusun-susun mengarah ke Stadium Shah Alam untuk perlawanan bola Kelantan lawan Pahang!

Akhirnya kami sampai juga ke rumah Awin. Ketika itu hujan semakin lebat. Setelah bermenung beberapa minit Mak Aji menekan loceng pagar beberapa kali (Mak Aji agak Awin ada sebab kereta ada di porch dan di hadapan rumahnya) dan apabila tiada respons, Mak Aji membawa masuk hadiah tadi ke pintu rumahnya. Keluar dari pagar Mak Aji menekan loceng sekali lagi dan apabila tiada respons lagi Mak Aji masuk ke kereta dan mula memandu keluar. Akhirnya Awin menjenguk dari tingkap atas - ada juga rezeki bertemu Awin!

Ini dia hadiah GA daripada Awin:

Kucai siap dengan pasu cantik lagi!

Terima kasih banyak-banyak Awin! Kalau ada kelapangan datanglah ke rumah Mak Aji pula ya! 




4 comments:

  1. salam makji,
    seronok dapat kuchai ngan mnjalin ukhwah yer..sib baik dpt jumpa jgk akhirnya..alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Alhamdulillah ada juga rezeki pada petang itu. Memang seronok dapat benar-benar bertemu rakan blogger yang sering kita temui di alam maya sahaja. Mak Aji pernah sebut kat Diana KBB - kalau kita pakat2 jumpa kat mana2 rumahlah, bawa pot luck, kan best - moga ukhwah terjalin lebih erat! Bila Ummuaidan balik sini kita boleh buat lagi (jangan merajuk pulak tau, he he!)

      Delete
  2. Replies
    1. Salam Diana,

      Itulah dia, kucai dapat dengan pasu2 sekali, cantik pulak tu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...