About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 20 June 2014

Cabaran Memanjat

As-salam.

Pokok alamanda pemberian ibu taukeh salon tempoh hari sudah ditanam ke tanah, di sisi tiang lampu Pak Aji - tentunya setelah mendapat kelulusan Pak Aji - kalau tidak bising pula dia!  Kalau biasanya kita siapkan para/pergola untuk alamanda memanjat, kali ini Mak Aji mahukan dia memanjat tiang pula! Apa macam? Ada boleh?? (meminjam kata-kata pensyarah Akaun ketika belajar di tahun 1 dulu) Mari kita lihat perkembangannya setakat ini:


Di sisi tiang tempat kamu.
Nampak tu, dah pandai membelit tiang sudah dia!
Ini bunganya yang kembang tempoh hari (kuning lagi, he he!!) 
Tiang lampu Pak Aji di laman setelah baru siap didirikan - guna tiang
elektrik lama!
Sama-samalah kita saksikan nanti sama ada mampu tidak alamanda menuju puncak tiang ini!?? Besar cabaran itu, mampukah dia?? Tunggu!!



8 comments:

  1. Kalau tengok kesuburan tak mustahil tu MakAji
    Kakak rasa tak lama lagi memanjat tinggilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Harap-harap begitulah hendaknya. Bila berbunga tentu cantik, kan! Baru betul vertical garden nanti ya!!

      Delete
  2. salam mak aji...tak dpt bygkan... kalau lah ia melilit smpai ke ats...dengan mengeluarkan bunga2 kuning tu, mmg mak aji akn tersenyum smpai ke telinga....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      He he, betul tu, memang akan senyum sampai ke telinga! Cumanya Mak Aji nak kena ikat sulurnya tu sebab sulur tak mencengkam seperti peria, kena pujuk2 sikitlah!

      Delete
  3. Untung tiang tu dapat si cantik seri untuk teman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Tiang dah buruk, dapat teman memanjat yang cantik, he he!

      Delete
  4. Tak tau plk pokok alamanda memanjat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Mak Aji nak acu cuba try test ni, biar dia memanjat, itupun kena ikat2 sikit sulur tu agar dapat memegang tiang tu! Kita tengok ya nanti ya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...