About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 5 June 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Buah mangga cokanan banyak yang menjadi habuan sang tupai dan juga monyet agaknya, sebab Mak Aji perasan terdapat biji mangga yang di bawah pokok mangga juga di bumbung rumah! Kerja sang monyetlah agaknya tu (cuma belum ditangkap red-handed sahaja!). Apapun, reda sahajalah bahagian rezeki mereka dan bukannya bahagian rezeki kami sekeluarga. 

Bukan tupai serta monyet sahaja punya rezeki, ada juga rezeki ulat - sebahagian buah yang dituai dari luar kelihatannya tiada apa-apa tetapi apabila dikopek rupa-rupanya sebahagiannya sudah berulat - tidak kesemua buah mangga mampu kami balut agar tidak dapat disuntik lalat buah - inilah akibatnya!

Apapun, petang tadi Pak Aji menuai lagi mangga cokanan - ada yang agak-agak sudah matang dan ada juga yang masih muda - luruh semasa Pak Aji memangkas dahan pokok mangga - habuan dalam bentuk colek manggalah tu!

Berikut foto mangga hasil tuaian hari ini:

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan-Nya!



8 comments:

  1. kalau yg muda,.mkn colek atau buat kerabu ..sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ka,

      Hari ni x sempat nak makan colek atau buat kerabu sebab Pak Aji nak makan nasi berani pulak, terpaksalah layan tauke dulu! Esok insya-Allah boleh buat.

      Delete
  2. emmm..sedapnya...saya dpt cium bau pun jadi lah...hihiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nani,

      Kalau dok dekat2 dengan rumah Mak Aji boleh datang kecek je, insya-Allah x perlu cium bau, dapat buahnya lagi!

      Delete
  3. kat sini ada jiran bg yg belum masak...mak sy buat kerabu ala terengganu...org kat sini panggil pecal mangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Oh pecal mangga ya, teringat pula pecal macam org Jawa buat tu! Nadia, Mak Aji ni kawan jemput ke Kemaman utk majlis maulid Habib Syech esok malam - tauke restoran Arab kat Taman Chukai Utama malangnya Mak Aji x dpt pergi sbb ada urusan keluarga yang mustahak kena settle. Kalau tak boleh jenguk2 Nadia di Kemaman, he he!!

      Delete
  4. Pesta mangga dan mulberry betul tahun ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Nampak gaya begitulah rezeki tahujn ini!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...