About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 16 September 2013

Wak Gapo Tu??

As-salam.

Kawasan laman Mak Aji sering menerima kunjungan haiwan seperti burung, tupai, katak serta monyet. Beberapa hari lepas seekor tupai bermain-main di pergola sebelah porch di hadapan rumah. Lama dia bertenggek di situ sehinggakan sempat Mak Aji merakam aksinya lagi:








18 comments:

  1. Asalam.. semalam tupperware saya digigitnya... kat bandar ni dah tak de pokok buah untuk diaorang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Mar,

      Takde pokok buah tupperware dikerjakannya ya! Kesian mereka dah tiada tempat bila kita dah ambil semua kawasan mereka!

      Delete
  2. salam mak aji, comei betul eko tupa mak aji ni....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Betul tu, kembe molek eko dio! Hok best tu dio dok posing lamo, de lah Mok Aji snap gamba dio!

      Delete
  3. salam makji,
    besar jgk binatang nie kan...kalau aidan nie mmg suka benar tengok nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Bolehlah tahan saiznya, berkat banyak makanan di kawasan ni, terutama mangga yang Mak Aji sentiasa berebut petik dengan dia! Saiznya kecik sikit daripada kucing dara (bukan ibu kucing, he he), besar daripada tikus XL!!

      Delete
  4. As salam mak aji..cutenya......kat rumah saya pon banyak...ada sekali tuh 7-8 ekor sekali turun main2 kat laman saya.....bila byk sgt, takot plak tgk....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Banyaknya sekali datang! Kat sini kalau ada pun dok berkejar-kejar takat dua ekor ajelah. Main cak ngan kita juga ada, dok ngintai dari luar tingkap nak masuk ke dalam sebab ada pisang masak atas meja makan!

      Delete
  5. salam Mak Aji,
    tupai tu mmg comei-comei, tapi bila rosakkan buah-buahan yg kita syg terus jd tak comei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      He he, kat sini pun macam tu juga Rose, kita anggap sedekah ajelah, nak buat macam mana ya! Siapa cepat dia dapat - Mak Aji selalu macam tu dengan mangga kat laman!

      Delete
  6. As salam mak aji,

    Tgk tupai terus teringatkan lagu dikir Halim Yazid.. "Ado sekor anok tupa atah jula mokte..." Dulu saya pernah bela tupai yg kematian ibunya krn ditembak. Dari kecil saya jaga dan bila dah besar saya lepaskan semula ke dunia semulajadinya. Sebulan dua ada juga dia datang jenguk penjaganya dari atas pokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Adry,

      He he, lagu yang cucu Mak Aji suka nyanyi! FYI, Halim Yazid tu kawan sekelas Mak Aji semasa Form 6 di SMK Kamil, Pasir Puteh dulu. Tiap kali guru takde, kerja dia berdikir dan jadi tok selampit, siap bawa rebab lagi! Oh, pernah bela tupai ya. Tahu dia ya balik jengok penjaga dia!

      Delete
    2. Lagu Anok Tupa tu bkn saja jadi kegemaran org Kelate tp kawan2 saya kat sini pun dok nyanyi lagu tu. Dengar khabar Halim Yazid ke US utk membawa seninya ke sana. Dah blik ke Malaysia kot skrg ni.

      Tupai tu ingat penjaga dia sbb masa dia baby saya dan adik yg suapkan susu. Susu tin bancuh dgn air je.

      Delete
    3. Baguslah tu orang suka lagu tu. Setahu Mak Aji dia pegawai kebudayaan di UM. Memang semasa Mak Aji belajar dulu kawan2 yg join kebudayaan memang menjelajah ke luar negara 'menjual' karya seni tempatan.

      Tupai kenang budi!

      Delete
  7. salam mak aji..sy pun suka tgk gelagat tupai..rasa lucu jer..tapi ni mmg suka betul dia dgn pergola mak aji..dang lagi amik gambar...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      He he, mahunya tak dang, dok posing sakan dia, lama pulak tu, memang teringin nak jadi model agaknya, he he!!

      Delete
  8. Assalam mak aji,

    Comelnye tupai ni,walaupun liar tp mcm di bela. ekor kembang cantik pulak tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Memang agak jinak, tak takut sangat orang sebab mereka biasa tengok kita. Memang cantik ekornya, walau xlah secantik tupai omputih yang kembang tegak, tu kan!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...