About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 8 September 2013

Syurga Ros

As-salam.

Sambil menaip entri ini terngiang-ngiang di telinga, lagu S.M. Salim, .... oh bungaa rosss!! Seronok betul rasanya setelah Mak Aji pergi melayan diri di sebuah nurseri yang memang khusus menjual pokok bunga ros (adalah juga dijual pokok air - water hyacinth ke apa ke, kurang pasti namanya). Bagi peminat bunga ros yang tegar, inilah yang akan anda anggap syurga. Mak Aji yang setakat ini belumlah peminat tegar pun, sudah rasa tidak mahu balik!!

Nurseri ini dikenalkan kepada Mak Aji oleh Along, anak sulung Mak Aji yang tahu Mak Aji suka ros. Dia tagkan laman FB pemiliknya untuk Mak Aji jengah (di sini). Setelah berhubung dengan taukenya melalui FB, petang tadi (walaupun hujan renyai-renyai) Mak Aji berkunjung ke situ. Apa lagi, tentu anda tidak sabar untuk melihat hasil kunjungan itu dalam bentuk foto, bukan!! Mari Mak Aji kongsikan:

1. Mak Aji paling suka yang ini. Oranges n Lemons namanya!
2. Midnight blue.
3. Entah apa namanya. Mak Aji ada pokok ini.
4. Berlapis-lapis tebal kelopaknya
5. Cukup menawan warna merah jambunya.
6. Merah jambu lembut, cukup manis!
7. Cantik, bukan!
8. Cantik juga yang warna kuning ini.
9. Delicious orange!
10. Ros yang tidak banyak lapis kelopaknya.
11. Mak Aji pernah ada ros berwarna peach ini tetapi sayang sudah mati pokoknya.
12. Berlapis-lapis juga kelopaknya.
13. Semacam ada bunga ros dalam bunga ros!
14. Sweet pink!
15. Merahnya mak ngah!
16. Ini pula versi merah jambu.
17.Auguste Renoir
18. Auguste Renoir lagi.
19. Cantik manis jenis ini ya! Sooo sweeeeet!!
20. Jenis ini pula bunganya kecil-kecil bergugus.
21. Masya-Allah cukup cantik gubahan semulajadi Ilahi!!
22. Cantik bunga yang belum cukup sempurna kembangnya.
23. Ferdinand Pichard namanya. Nama oranglah agaknya.
24. Another take, cantik sangat yang ini! Berkenannya!
25.
26.
Setahu Mak Aji ada dua jenis ros, jenis biasa dan jenis yang memanjat. Kita biasa lihat trellis yang disandarkan ke dinding rumah (mat salehlah) untuk ros jenis ini. Berikut ros yang jenis itu:

Ros memanjat ditanam sederet dan disokong dengan pancang kayu.

Sambil berborak dengan tauke nurseri, sempat juga dia berpesan bahawa dia menerima pesanan pokok ros apa sahaja jenis serta warnanya, sebutkan sahaja jenis serta warnanya, akan diusahakannya. Apabila sudah siap akan dimaklumkan kelak. Pesanan boleh dibuat dengan singgah ke nurseri atau melalui FB. Kita juga boleh meminta agar dibuat pokok ros (rose tree) mengikut ketinggian beberapa kaki yang kita mahu. Kadar harganya mengikut ketinggian pokok seperti pada foto akhir:

Contoh rose tree.
Rose tree yang baru siap dibuat dan menunggu untuk diambil pelanggannya.
Ini kadarnya - ada berani???? Contohnya, 3 kaki tinggi, RM280!

Kalau rakan-rakan mahu kenal pemilik nurseri ini dengan lebih dekat, berikut fotonya:

Pemilik nurseri - Chai Suk Fah.
Jangan lupa singgah ke sini ya! Nurserinya di sebelah kiri sebelum simpang masuk ke RRI.

28 comments:

  1. salam Mak Aji..subhanallahh..cantik sungguh ciptaan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,

      Memang menakjubkan sekali pelbagai variety serta warna yang ada! Allah Maha Kuasa, semuanya tumbuh dari tanah yang sama, guna baja yang sama!

      Delete
  2. Assalamualaikum Mak Aji,

    MasyaAllah semuanya cantik belaka, so sweet, teruja tengok Ros yg bermacam jenis ni.Saya ada 5 pokok je Ros ni, tu pun tak tau namanya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saodah,

      Mak Aji pun adalah beberapa pasu aja, pun tak tahu namanya juga! Nama sebahagiannya tu Mak Aji lihat pada pangkal pokok, kadang2 ada ditulis namanya, ada yang tidak. Cukup seronok berkunjung ke situ!

      Delete
  3. salam Mak Aji...sungguh cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Siti,

      Memang masya-Allah cantik-cantik semuanya, buat hati kita yang melihatnya berbunga-bunga juga!

      Delete
  4. The roses are simply stunning. I love roses - thank you so much for sharing.
    Have a great week.
    Mary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mary,

      Yes, they certainly are! Hoping that you too have a nice week!

      Delete
  5. tgk gambar pun dah terbau keharumannya...saya ni kalau pergi Cameron,mesti beli bunga ros..bila tanam kat rumah..mesti mati punya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Mak Aji baru tahu rupa2nya ros ni ada variasi dari segi keharumannya mengikut jenis ros. Digunanya skala dari nombor berapa ke nombor berapa (1-10)! Mak Aji punya setakat ni ada beli 4 pokok, sekarang tinggallah 3 lagi. Harap2 oklah tu, adalah berbunga juga alhamdulillah! Mungkin Kam patut beli yang kat tanah rendah je, kat local nursery agar x mudah mati!

      Delete
  6. salam mak aji...berkenan betul semua rose ni..projek nak tanam rose tak menjadi2...cantik betul ciptaan Allah s.w.t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Memang kalau ke nurseri tu, rasa nak angkut aje semuanya sebab memang cantik2 semuanya! Memang rambang mata. Memang nyata dan jelas sekali betapa cantiknya ciptaan Allah SWT!!

      Delete
  7. Dari yg banyak-banyak tu Mak Aji dua aje ada di laman kakak yg pink dan kuning. Rose maroon kakak mati dek gara-gara bapak kakak spry nyamuk utk buang semut tapi tak tahu kenapa dia tak tahan langsung mati. Nasib yg dua lagi ok...

    Tak kelip mata kakak kalau tengok bunga ros warna-warni macam ini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Minat ros juga eh! Alahai kesian ros maroon mati dek kena semprot! Nak kena guna spray buatan sendiri tu, insya-Allah ok. Memang seronok menjamu mata di situ, cuma tak tahan regenya yang boleh tahanlah jugak!!

      Delete
  8. Salam makaji,
    memang syurga ros betul..semuanya cantik2 ..yang belum pernah tengok sebelum nie pun banyak..kalau nak pupuk minat nanti hala kesini lah jwbnyer kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang terasa berada di syurga ros bila terdapat pelbagai jenis yang dijual! Terlalu banyak variasi warna, bentuk, saiz, keharumannya, jenis climber atau tidak.... Kalau yang takde pun boleh minta dia carikan, pun ada yang minta info tentang apa nama jenis ros drp dia! Dia siap ada kitab ros sebagai rujukan!! However, ros ni boleh jadi expensive hobby sebab jenis kat sini (ikut kata kawan) yang hybrid punya, itu yang regenya boleh tahan! Ros juga perlu penjagaan yang rapi, silap gaya mudah mati. Apapun, sebagai 'halwa' mata, memang roslah yang menang!

      Delete
  9. subhanallah...sungguh cantik dan indah ciptaan Allah swt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lieyalatif,

      Memang cantik ciptaan Allah SWT, dapatlah kita merasa nikmat keindahan itu!

      Delete
  10. Bunga Rose, raja segala bunga, semakin dipuja semakin naik serinya.Jangan tengok lama2, nanti lama lama, berlembar2 wang ringgit taruhannya, elok kalau hidup masalahnya ramai benar yg.terkecewa, termasuklah aku.
    Terimakasih mak Aji kongsikan pemandangan kuntum2 Rose yg indah indah ini.Cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      Memang betul tu tentang berlembar2 wang ringgit tu. Ada kawan anak Mak Aji berhabis duit beribu setiap kali ke sana! Mana taknya, rose tree sepokok dah beratus, yang dibeli bukan satu pulak tu. Mak Aji kalau nak buat begitu kena tunggu Pak Aji jadi OKB dululah, entah bilalah tu, he he!!

      Delete
  11. Assalam mak aji,

    teringin nk tanam...tp kalo nk beli kene buat persediaan mental dan fizikal utk koyak dompet....keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      He he, pertama kali Mak Aji dengar anak pokok RM35, terkezut jugak! Bila dah beberapa kali melilau-lilau di situ menikmati keindahannya, terpana juga dan terorder juga dua pokok (dalam perjalanan balik gigit jari juga! - biar betul ada beli ros dengan rege gitu??) Bila dah siap tempahan tu dan nak pergi ambik, kena lebih berhati2lah jangan terpikat lagi, alamat terbang lagi lembar kertas!

      Delete
  12. Oh rose tak berani nak terjebak lagi. Masa duduk kat Adelaide puas tengok rose sebab mereka pengeluar kelima dunia.
    Semua cantik cantik.nanti tak tau pilih.mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Mak Aji sebelum ni terjebak dengan yang harga rosnya RM8, atau RM12 sahaja, tetapi bila dah ke sini entah macam mana sedikit terjebaklah juga, terorder 2 pokok. Pasti takde lagilah kut, mahainya boleh tahan! Tentu puas jamu mata kat Adelaide dulu tu, seronoknya! Memang rambang mata dibuatnya!

      Delete
  13. Kat mana ye bole dapatkan benih bunga ros?

    ReplyDelete
  14. Salam..mak aji
    saya pun peminat rose juga...kat umah ada ler 8 jenis campur kampung..cap ayam dan hibrid..cantteq sgt yg hibrid...

    ReplyDelete
  15. Salam..mak aji
    saya pun peminat rose juga...kat umah ada ler 8 jenis campur kampung..cap ayam dan hibrid..cantteq sgt yg hibrid...

    ReplyDelete
  16. Salam , ada jual pokok ros kampung,kalau ada saya nak beli online,ada jual keratan batang bunga ros sahaja,kalau ada nak beli online.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...