As-salam.
Sebelum ini Pak Aji ada menyebut yang dia mahu menambah bilik air di ruang beranda belakang untuk kemudahan tetamu yang datang setiap kali gurunya datang untuk menganjurkan kelas. Dengan gurunya meninggal dunia pada April lepas, maka projek tersebut dibatalkan begitu sahaja. Mak Aji pun bolehlah ambil alih projek di ruang yang sama - projek berkebunlah!
Sekarang Mak Aji dalam dilema, mahu ditanam apa, herba ke, sayur ke, bunga ke?? Setakat ini sudahlah ditanam pokok bunga di tepinya, cuma sementara dibantu kerja beratnya - tambak tanah agar tinggi sedikit berbanding sekarang. Lihatkan ruang yang Mak Aji ada ini dan jika ada idea, bolehlah bantu Mak Aji merancang pelan susun aturnya ya!?:
Ruangnya tak seluas mana dengan 2 batang paip air merentang . Pun ada pokok mangga di kiri dan di tengah-tengah pula ada pokok betik yang sedang berbuah. |
Pening kepala juga ya untuk merancang susun aturnya! |
Kalau digabungkan pokok bunga, sayur juga herba boleh juga, kan. Tiada siapa yang boleh saman! Kenalah Mak Aji buat research sedikit dengan pak cik Google. Ada sesiapa boleh bantu??
No comments:
Post a Comment